Thursday, December 15, 2005

~ SMS 34244 - Part 2 ~

- Akum Awak!
- Saya masih tertunggu-tunggu balasan dari awak tapi nampak nyer tak ada apa-apa pon saya terima. takper la. saya tau awak dah baca aper yang saya tulis hari tu. itu pon dah cukup baik bagi saya.
- Awak! maaf la. saya rasa nak luahkan perasaan tak puas ati saya ari ni. hmm. saya rasa macam saya nie tak wujud kat ati orang lain. mungkin wujud dimata diorang, tapi hanya sekadar dimata saje. saya rasa macam orang anggap saya nie tak berperasaan. tak ader sekelumit pon perasaan. perasaan sayang, perasaan marah, perasaan sedih, perasaan amik berat atau prihatin dan lain-lain perasaan yang normal nyer dimiliki oleh seorang manusia biasa. saya rasa terkilan jugak. ada sedikit rasa tertipu. rasa di perdaya.
- Awak! saya rasa perasaan prihatin yang saya curahkan tak dihargai langsung. sebalik nyer janji-janji yang yang diberikan pada saya hanya lah salutan gula untuk menjaga hati semata-mata. bukan sekali. bukan pertama kali perkara ini berlaku. acap kali nyer, segala janji-janji yang pernah diucapkan, yang pernah pegang dengan mudah nya dicemari. apa lagi yang saya mampu laku kan? perbuatan itu menguji kesabaran saya, awak. saya bukan seorang yang pemarah tanpa sebab. saya tak suka untuk memarahi sesiapa sekali pon. tapi perkara-perkara demikian membuat saya sukar untuk mengawal diri saya.
- Awak! banyak saya memberi dari menerima. bukan saya ingin membangga diri atau mengungkit apa yang saya dah laku kan. tidak pernah terlintas kat minda saya. cuma tiada orang yang boleh melihat, memahami apa yang telah lakukan. saya cuba bertolak ansur dalam pelbagai segi. saya cuba terima kesilapan orang lain dan saya cuba yakin kan diri saya sendiri yang mereka itu akan dapat berubah. sekira nya diberi masa, nasihat dan tunjuk ajar. memang saya cuba maafkan kesilapan mereka itu tiap-tiap kali mereka melukan kan hati saya. saya memamah sakit hati saya sendiri. tapi sebanyak mana saya cuba maafkan, dan sebanyak itu juga perasaan saya diguris semula. apa kesilapan, apa kesalahan saya lakukan sehingga saya terima semua ini?
- Awak tau kan saya tidak menggalakan keganasan. sebab saya yakin setiap manusia itu boleh dididik dengan cara yang baik.. tapi prinsip saya tu semacam dicabar.. seolah2 muka yang saya suakan diludah begitu saja. manusia jenis apa yang mempunyai perasaan macam itu? tak pernah saya terfikir.
- Awak! mungkin ada juga manusia yang harus diajar dengan mengunakan pendekatan yang lebih agresif. itu belom saya terfikir untuk lakukan.. tapi masa saja yang dapat menjawap persoalan tersebut.
- Ok la awak! mungkin awak dah buhsan baca message saya malam ni. maaf yer awak! bagaimana pon terima kasih sebab ada dengan saya disaat-saat ini.. terima kasih..
- Sampai jumper lagi awak! Sayang dari saya.. Shahrul Nizam... bubye!

Wednesday, December 14, 2005

~ SMS 34244 ~

- Hai awak!
- Maaf. lama tak contact awak. awak pon paham saya sibuk. Hm. saya tau alasan tu takkan awak terima, tapi tu la kenyataan nyer. banyak sangat tugasan yang saya ada. awak pon tau kan?
- Ok la. saya pon kadang-kadang tak beberapa sihat kebelakangan nie. biasa la, macam manusia yang lain jugak. itu pon tak diterima jugak ker? hmm..
- Ok la. yang sebenar nyer saya tak tau nak cakap aper kat awak. hm. dah lama saya tak berbual ngan awak, tak tau ujung pangkal nak diceritakan. dah lama tak contact awak buat saya rasa segan nak berhubung dengan awak semula. ye la. nanti aper plak yang awak fikir kan tujuan saya mencarik awak balik. harap awak paham dan percaya aper yang saya cakap kan nie. awak sendiri pon tau saya macam mana dari dulu lagi kan?
- Ada kala nyer saya terpanggil untuk menghubungi awak tapi.. hmm.. tak tau la.. malas mungkin?.. segan mungkin?.. macam-macam kemungkinan dalam fikiran saya.
- Awak jangan marah ok? awak jangan amik hati pulak... susah saya nanti..
- Awak! saya buntu sebenar nyer... saya pernah sangsi ngan aper yang apa yang berlaku dalam idop nie. ada masa saya rasa itu semua satu kelebihan dan didalam suatu masa plak saya rasa macam ianyer satu beban bagi saya. rasa macam tak tertanggung apa yang saya genggam selama nie. macam mana nak buat ek? saya tau awak ada jawapan nyer. saya sangat sangat sangat berbesar hati kalau awak boleh terangkan dekat saya erti semua ini.
- Awak! saya pernah berjanji tak ingin jadi macam diri saya sekarang nie. betol saya tak ingin, tapi ader kelemahan saya sendiri. awak tau kan? tak tau la kalau ada jalan lain tak untuk saya tak rasa tertekan macam aper yang saya rasa sekarang nie. saya luah kan ini semua sebab saya tau awak dapat bantu dalam hal ni.. kat sapa lagi saya nak kuahkan kalau bukan kat awak? kan?
- Awak! saya tau dan awak tau yang saya ada ramai lagi kawan-kawan yang saya bole luahkan perasaan-perasaan saya, tapi bukan semua perkara saya bole ceritakan. luahkan. dengan awak saya bole luahkan apa saja. apa-apa cerita, apa-apa rahsia, apa-apa tekanan yang saya alami. sebab saya tau awak lebih paham saya dalam hal-hal demikian....
- Awak! saya tau awak membaca apa yang saya tulis nie. dan saya nak awak tau yang saya tak tau dengan cara apa lagi saya nak suarakan perasaan saya ini kepada awak. saya juga nak mintak maaf sekiranya saya dah lama tak menghubungi awak kebelakangan nie. harap awak paham dan memaafkan saya, ok? juga maaf sekira nya saya mengganggu awak dengan masalah saya ini. sebanyak-banyak maaf... tak kesah la jika tak reply apa yang saya tulis nie. Kurang-kurang saya tau awak membaca nya...
- Akhirkata.. saya akan cuba menghubungi awak sekerap yang mungkin ok? Salam sayang dan rindu dari saya. Shahrul Nizam.. bye awak!.

~ Pesona ~ [12/12/2005 23:30]

Dijalan ini ako mencari-cari satu titik tumpu yang pasti.
Dijalan itu sudah ku jelajahi
Segenap liku-liku, lembah-lembah, hutan belukar, danau paya dan dikemuncak tertinggi jajahan itu.
Yang ku temui tompok-tompok samar yang memukau
Dengan hamparan warna-warna yang mengasyikkan
Dengan suntikan aroma-aroma yang menggiurkan
Dengan bentuk berbalam-balam
Mengundang tangan menjamah
Hidung menghidu
Mata memandang
Lantas! Pantas! menyusuk menyelinap ke sudut jiwa dan hati tanpa sedar
Dalam kerelaan diri, yang pegun termanggu tiada rela

Mampu ako
Memecah tembok memintas ke jalan lain
Mampu ako
Mengharungi denai-denai baru demi impian ku
Tapi akan kah ku temui titik temu dijalan ini?
Atau
Ianya seperti jalan-jalan lain yang penuh dengan PESONA?