Saturday, June 17, 2006

DVD/VCD

Assalamualikum wbt dan selamat pagi...
Ari nie ari sabtu. rasa sekejap masa berjalan. tup tup dah ujung minggu dah. Pejam celik, pejam celik nanti dah ujung taun plak.

Smalam kawan rapat ako datang bertandang kat umah. satu famili datang. saja nak jalan-jalan kata nyer. ako pon dah lama ajak diorang datang, agak nyer baru skarang ader kesempatan nak singgah kat sini. satu lagi sebab yang dia datang tu mungkin sebab ako 'racun' dia yang smalam ada pasar malam kat umah ako dan ada orang jual DVD/VCD kat sana. memang ader pon orang jual DVD/VCD kat saner tu, tapi sayang dia datang lambat sangat. cina yang jual DVD/VCD tu pon dah bungkus kedai dah time dia sampai. tak per, esok-esok masih ada.

sementara menunggu diorang sampai umah tu, sempat la jugak ako pegi merayau kat pasar malam tu. 'servey' DVD/VCD. tak banyak sangat citer-citer yang menarik ada kat situ. mungkin banyak yang ako dah beli kot. mana tak nyer, tiap-tiap jumaat malam muka ako jer yang jadi pelanggan tetap dia kat sana. jarang ako nak beli citer-citer yang baru nie. satu sebab gambar nyer tak cukup 'clear' lagi dan ako tak tau pernah dengar 'preview' dari orang dah tengok citer tu. jadi, kalau ako nak beli citer baru pon, ako akan beli VCD dulu. sebab murah. kalau citer tak best pon kurang-kurang nyer tak ler rasa membazir sangat pon.

aper citer yang ader smalam ek?
- Mission Impossible III
- Man Laksa (?)
- Da Vinci Code
- X-Men III
- Spirit Water
- Dll....


tu antara citer-citer yang baru kat wayang. pelik jugak rasa nyer. baru baper minggu kuar kat wayang dah ader DVD kuar. rajin sungguh orang gi 'pirate' citer-citer tu.

nak dijadikan citer ako nampak 'product' baru diorang. sebelom nie ako teruja tengok DVD 2 dalam 1, la nie dah ader sampai 5 dalam 1. mau tak teruja nyer. kalau 1 citer dalam 2jam, kalu kali dengan 5 citer mau sampai 10jam dok mengadap TV. dan citer-citer yang dalam DVD tu sumer nyer best-best giler. pandai sungguh diorang pilih citer-citer yang nak kumpulkan dalam satu DVD tu.

antara citer 'kompilasi' yang ako teruja tengok :-
- X-Men I - III
- Lord of The Rings I - III
- StarWars I - IV
- Indiana Jones I
- III- UnderWorld I - II
- Once Upon a Time in China I - III
- James Bond (...)
- Dll....


nanti la kalu ako ader duit lebih ako nak 'collect' sumer citer-citer tu. bukan senang nak dapat DVD gitu, tambah plak ngan harga yang memuaskan ati. tak kesah la orang cakap ako ni menggalakkan DVD 'Pirate'. tak kesah la orang cakap ako tak mendukung wawasan kerajaan nak membasmi aktiviti 'Pirate'. Dah banyak ako 'Support' kerajaan. bayar cukai tu, cukai ini.

dah cukup kaya dah kerajaan nie.