Saturday, May 06, 2006

Borak2 Sabtu

Selamat Pagi Dunia..

Hmm. Letih nyer la plak sebab ari ni kener kerjer. Kejer setengah hari plak tu, rasa macam tak berbaloi nak bangun pagi2 dan lepas kejer 4 jam kener balik dah. tapi aper nak buek, kerjer kener buat jugak kan?
Bangun lambat ari nie. Bukan nyer tak terjaga masa alarm bunyik cuma ngantuk sangat kebelakangan nie. Kerjer baru nie banyak makan tenaga walau pon kerjer nyer duduk kat meja jer sepanjang masa. Betol la orang cakap kalau guna otak banyak memang cepat letih. lagi letih dari pada buat kerjer2 berat. tu yang terfikir nak pegi berurut tu. Mungkin dengan berurut tu leh meluruskan balik urat2 yang bersimpul. nanti2 la kot, tak kemana tukan urut tu pun.

--------------------

Sekarang nie masih lagi dalam musim hujan kat Bkt Jalil ni. baru jer smalam ujan time petang balik. tau2 je la kalau ujan macam mana keadaan jalan raya kat kl nie. sesak giler. due hari lepas ako terperangkap betol2 selepas tol BESRAYA nak menuju ke Putrajaya. Ingat kan bleh la slamat kalau ikot highway, hampeh. lagi teruk dari jalan biasa jam nyer. ada la dekat2 1 jam lebih nak gerak dalam 1.5KM. terasa rugi bayar rm1.30 semata2 nak dok dalam sesak2 tu.

terfikir gak sampai biler keadaan kl nak jadi macam nie. tak tau aper yang nak dipersalahkan. takkan nak salah kan :-

- keter banyak?

yer la, sekarang nie orang gaji besar2, banyak duit nak beli keter sorang satu. memang satu keperluan pon keter tu sebab kalau tak der keter macam mana nak gerak pegi kejer, nak pegi jenjalan. kalau nak carpool pon rasa nyer macam tak munasabah jer sebab time pegi kerjer leh la nak menumpang tapi time balik tu tak tentu nak balik sharp lepas kerjer kan? kadang2 ada gak keperluan untuk balik lambat atau sebalik nyer. rasa macam tak praktikal je. so keter tu dah jadi satu mender yang musti ader pada seseorang tu tu.

Citer pasal keter banyak nie terfikir plak harga keter yang turun sekarang nie. tu pon menyumbang pada kesesakkan kat jalan. ye la. dah harga murah saper yang tak nak beli. lagi2 keter buatan tempatan, kalau bukan orang tempatan yang nak beli saper lagi yang nak beli kan? kalau tak beli nanti tak menyokong perkembangan industri negara plak kan. demi untuk MEMBANTU rakyat untuk membeli banyak lagi keter, ada promosi untuk menurunkan lagi roadtax. cantekk. makin sesak la nampak nyer.


- Infrastuktur yang tak terancang?

Tak tau nak cakap macam mana dah. Ako sendiri pon kadang2 sesat sebab jalan yang sering bertukar2 daripada 2 hala kepada sehala atau sebalik yer. lepas tu pembangunan jalan yang berserabut. amik contoh jalan kat serdang pon dah cukup. tempat2 lain pon ako rasa sama gak keadaan nyer. nak repair jalan pon buat masa orang tengah sibuk2 nak pegi atau nak balik dari kerjer. dah tu mana la tak jam. tambah plak kalau time2 ujan macam sekarang nie. ader gak jalan yang elok2 4 lane terus masuk 1 lane, macam mana diorang rancang nak buat jalan pon ako tak tau. paling menyampah kalau lalu kat traffic light yang cepat sangat merah nyer. peham sekali ako lalu kat area kl, ader ke patut jalan yang selalu jam tu cuma di benarkan 3 keter jer lepas setiap kali lampu hijau? tak patut. tak patut. ishh. baik tak yah lampu isyarat kalau macam tu. buang karen je.
cukup la ako membebel ni. kalau lebih2 nanti kalau kerajaan tau ako kener tuduh buat propaganda plak. tambah plak sorang lagi kat ISA tu. hehe.


ok la. slamat bertengahari semua. slamet!

Monday, May 01, 2006

The retun of the king

assalamualaikum wbt..

lama bercuti nampak nyer? hehe.macam tu la gamak nyer. banyak mender yang nak disettlekan.banyak mender yang hendak diselesaikan. banyak mender yang hendak diubahsuaikan. banyak berubahan sekarang ni. dari segi kehidupan, kerjaya dan tanggungjawap. saper kater senang nak idop? susah woo..

dari segi kerjaya, ako dah bertukar kerjaya ke bukit jalil. tak la sejauh mana pon pemindahan nyer pon. corak kerja juga ader sikit perubahan, tak la 100% sama seperti kerja ako yang lama dulu. banyak berfikir dari bercakap. hehe.dah 2 minggu ako menjadi perkerja kat sini. lokasi office tak la seteruk mana cuma untuk makan tu, ader la kepayahan sket. tak banyak pilihan yang ader. kedai makan ader la 2-3 tempat dan dalam 2-3 tempat tu ader la baper kerat kedai yang berniaga makan. nasib ako baik(?) sebab ako kener berkerja pada "ari buruh", dah la kedai makan sumer tutup. puasa la nampak nyer ako sampai ke petang nanti. sekarang nie pon dah nak masuk angin perut ako rasa nyer. tak per la, balik nanti ako baham semua mender makan yang ako nampak.

cuaca sekarang pon tak menentu nampak nyer. tapi kebiasaan nyer hujan tiap2 petang. dalam pukul 3 petang dah start mendung. tapi ok la jugak, dapat la ako menikmati nescafe panas kat kedai sebelum ako bertolak balik ke rumah. tak dpat dibayangkan nikmat nyer minum nescafe panas dalam kesejukan ujan tu. ishh. dah bunyik dah perut ako.

jarang nampak kawan2 ako sekarang nie. aper lagi kawan2 yang slalu online YM. ako dah tak leh access YM (Waaaa!!!). sedih wooo. rasa macam dok dalam gua plak, tak berborak ngan kawan2. ntah idop lagi ker tak diaorang tu. hehe. harap2 idop la lagi ek korang.

so, untuk menghilang kan busan dok cakap sorang2, ako slalu berulang alik ke puchong. lepak ngan kawan ako. lepak ngan kawan rapat ako. mungkin lebih dari rapat, tapi tak sampai di katergorikan sebagai intim lagi. hehe. yang best dok umah dia tu sebab kat umah dia ader para kayu mengadap kolam ikan yang dah sekian lama tak siap2. kalau tiba waktu malam ako slalu buat unggun api, al maklum la kat umah dia tu banyak ranting2, kayu-kayan2 yang tak digunakan. gian nak buat unggun api sebenar nyer, biasa la dah lama tak pegi camping kat dalam utan. tak dapat bakar kayu dalam utan, bakar kayu kat pekan pon ok la gak. kurang2 ngan ader nyer unggun tu tak la banyak sangat nyamuk kat umah kawan ako tu. kadang2 naik segan gak. bleh kater seminggu skali ako datang bertandang umah dia tu. tapi dia pon ako rasa busan gak sebab tak der orang nak datang borak ngan dia tu. saling perlu memerlukan gitu. uhuk! uhuk!