Monday, July 24, 2006

Isnin ~ Sepagi-pagi nyer

Assalamualikum wbt..
Dan selamat sejahtera kepada semua.

Ari sabtu lepas ako kena bertugas untuk 'company' separuh hari. cuaca nampak muram hari tu dan nasib baik tak banyak orang yang rajin nak tepon ako. macam tu la keadaan nyer sampai ke pukol 1 tengahari. alhamdulillah.

"Aper citer?"
Aper ekk? :-
- Hari jumaat lepas ako dapat sms dari adik ako. dia mintak tolong hantarkan dia ngan mak dan ayah ako pergi ke stesyen LRT Sental ahad pagi dalam kol 4.30. La.. ghuper nyer diorang nak pegi jenjalan makan angin kat Padang, indonesia. hamboi! hamboi! berjalan sakan. dah la tak ajak ako. kalau ajak pon belom tentu ako leh pegi sebab kerjer kan. tak per la. biar la diorang lepak-lepak dan bersantai kat saner. tapi jangan luper beli ole-ole untuk ako dah la. Padang tu pon ako tak tau kat mana letak nyer. yang pasti tu kat indonesia la.

Malam sabtu ako lepak kat umah kawan ako kat puchong. Dalam kol 12 tengah malam ako ngan dia kuar pegi kedai makan dia kat Sunway. memang rutin dia pegi sana tiap-tiap malam sebab nak tengok kedai dia sambil amik duit keuntungan aritu. lepas abis kerja dia kat sana, dalam kol 12.30 tengah malam kiteorang pegi ke taman melawati lepak-lepak kat restoran "Calypso". minum-minum sambil borak-borak.

Nampak nyer nasib kiteorang tak baper baik malam tu, sebab kiteorang sampai lambat sket. band yang main 'live' band baru jer lepas kemas-kemas barang-barang diaorang. tak per, kurang-kurang ader masa ako borak-borak ngan kawan ako tu. dok saner sampai kol 3pagi. lepas tu kiteorang gi amik mak, ayah dan adik ako kat keramat. bertolak dari keramat dalam kol 3.30pagi dan sampai sentral dalam kol 4.30pagi. 'timing' baik sebab sampai saner je, bas nak gi KLIA dah tunggu. lepas upacara salam-salam dan peluk-peluk, ako ngan kawan ako tu pegi carik tempat nak lepak lagi. pusing-pusing kl malam-malam tu sampai ke USJ. akhir skali lepak kat A&W USJ. pepagi tu lepak sambil pekena 'Float' ngan kopi panas. ramai gak orang kat sana. mesti diaorang dah tak der tempat lain nak lepak kot. tempat tu jer yang bukak 24jam sehari. dok bertapa kat sana sampai kol 5.30pagi lepas tu ngan keadaan kenyang minum air balik umah dia kat puchong. tido.....

- Ako baru paham aper yang ako dengar dari orang tue-tue cakapkan, "Tuhan tak kasi satu ujian tak lebih dari aper yang mampu di tanggung oleh seorang manusia".

Aper yang ako paham ialah pada setiap selekoh kehidupan manusia tentu ada ujian-ujian tuhan nak menguji sama ader manusia tu dapat bertahan dan bersabar dengan aper yang diuji. ujian yang diberikan tu sekadar aper yang termampu di tanggung oleh manusia itu sendiri. seberat mana ujian tu, tuhan sajer yang tau. Dan ketahanan dan kemampuan seseorang manusia untuk menahan ujian itu tak sama antara satu manusia dan manusia yang lain.

Mungkin bagi seseorang kesusahan yang dialami nyer itu nampak terlampau payah bagi orang lain, tetapi bagi diri dia sendiri kesusahan itu tak seberat mana yang disangkakan. Ako pernah tercampak didalam satu keadaan yang agak sukar lama dahulu dan syukur ako dapat bertahan dan mampu untuk menghadapi kehidupan sampai saat ini.

- Dulu masa ako remaja, ako jenis yang suka merayap. biasa la, masa tu tak der kenderaan sendiri dan hanya bergantung pada kenderaan awam jer. kalau pikir-pikirkan lagi mudah untuk pergi kemana-mana naik kenderaan awam daripada memandu. tak payah nak pikir pasal kesesakkan lalu lintas, tak payah pikir pasal nak bayar tol, nak isi minyak, nak bayar parking. enjoy.

Kalau ako kuar dari umah ako mesti bawak barang-barang nie dalam beg sandang ako :-
i) Walkman - melangkah kuar jer dari umah, mender nie memang 'on' jer. 'off' biler bateri abis atau dok borak ngan kawan-kawan jer.
ii) Kaset - kurang-kurang ader 2-3 kaset. mana tau boring dengar satu kaset boleh tukar kaset lain plak.
iii) Novel - mender penting nie. boring dok tunggu bas sampai ke destinasi atau boring dok lepak kat kedai, bole baca-baca. kurang-kurang ader mender nak dibuat.
iv) Buku nota - kalau tak der mood nak baca novel, bole tulis atau lukis macam-macam kat dalam buku nota nie.
v) Pen / pensil - peralatan untuk menulis atau melukis?

Sekarang pon ako masih bawak mender-mender nie kecuali walkman ngan kaset jer. sekarang nie zaman teknologi tinggi, ako pakai 'ipod' je. kalau kire-kire lebih dari 100 MP3 leh masuk dalam 'ipod' ni. cuma masalah nyer kalau abis bateri 'ipod' nie susah la nak di'charge' balik. bukan ader 'spare' bateri pon.

Dan tempat-tempat yang slalu ako 'melawat' ialah :-
i) Kotaraya tingkat 4 - tempat nie 'glamour' sebab ada kedai game. kalau ako sampai sini, dok saner satu ari suntuk pon tak kesah. nie salah satu tempat perjumpaan ako ngan kawan-kawna ako.
ii) Pertama komplek tingkat 3 - sama seperti yang diatas.
iii) Panggung Wayang - tak kesah la mana-mana panggung wayang pon, asalkan citer nyer best.
iv) Dayabumi - Kat sini ada Galeri Petronas sebelom diorang pindah kan galeri tu kat Menara Petronas. Selalu ada pameran seni kat sini. kalau bukan pameran lukisan, diorang buat pameran arca kat sini. ako slalu datang sini dulu sebelom melawat ke tempat-tempat lain. dok kat dalam nie tenang rasa nyer. mungkin sebab keadaan nyer sejuk dan suram, dan ako leh duduk kat atas lantai tanpa ader saper-saper nak ganggu.
v) Menara Maybank - seperti diatas gak, kat sini ada Galeri Maybank. layan tengok pameran lukisan kat sini.
vi) Central Market - Kat sini tempat bersosial dan minum-mimum. kat bahagian bawah ada satu restoran mamak 'Hameed'. ako lepak sini untuk makan, minum, membaca buku dan memerhati gelagat orang. tempat yang sesak nie ramai orang yang ako leh perhatikan. terutama nya ketika masa balik kerja. Kat luar Central Market, setiap petang selalu nyer ada orang main gitar. bermula kol 4.30petang sampai la ker kol 7petang. kadang-kadang membawak sampai kemalma. ako dok jugak tepi tembok tu sambil dengar lagu-lagu diorang dendangkan. terhibur jugak ati ketika penat-penat macam tu.
vii) Lorong Katak - Tempat melepak masa langit dah semakin gelap. lokasi nyer antara Central Market ngan Kotaraya. Kalau korang nak carik cuba la 'servey' lorong-lorang diantara dua tempat tu.

Tu sumer citer dahulu. ako tak lagi punya banyak masa untuk beriadah macam tu lagi. mungkin ako ader masa, tetapi ako dah kekurangan semangat untuk buat macam tu. masa untuk meng'update' blog pon kadang-kadang jer ada kesempatan.

Sampai jumper lagie. bubye!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home