Sunday, May 28, 2006

He He

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ari nie ari ahad dan ako terpaksa berkerje. huhu. Ni sumer disebabkan diorang nak buat testing ngan server. Nak buat macam mana kan? untuk idop kener la carik duit untuk makan, minum, pakaian, kenderaan dan lain2 lagi. tu prinsip idop orang2 abad ke 21 nie. secara tak langsung ako pon terikot2 arus keidopan macam tu, walau pon ako cuber tak nak bergantung pada duit. hmm. susahkan nak melawan arus?

-------------------

semenjak pagi tadi tak banyak sangat call yang masuk, berbanding dengan hari2 biasa. jadi ako ader kesempatan untuk melawat laman2 web dan mengupdate blog ako sendiri. bukan selalu berkesempatan untuk dapat peluang macam nie.

Seronok dapat baca blog kawan2. macam2 citer depa dok tulis. citer2 aper yang diorang alami walau pon diorng macam ako gak, macam biskut sekejap ader sekejap tak der. depa pon bz gak ngan kerjer dan kehidupan masing2 jugak tu. ako paham. kalau tak paham pon buat2 paham dah la.

mender tu buat ako terfikir aper mender menarik yang jadi kat ako kebelakangan nie yang bole ako kongsi. macam tak der aper yang menarik jer. mungkin sebab ako terlalu sibuk ngan kerjer baru ako nie, sampai tak der masa nak tengok kiri ngan kanan ako. atau pon mungkin sebab ako pikir mender yang ako alami tu tak seceria mana kot? ntah la.

ako rasa masa ako semakin pantas semenjak ako bertugas kat sini. kadang kala sampai tak perasan yang dah sampai masa untuk balik. Letak jer headset kat kepala terus tak ingat aper2 lagi dah. pelik jugak ako kadang2, bukan nyer banyak mana pon kerjer nyer. cuma menolong depa settle masalah melalui tepon jer. kalau ikot kan tak banyak beza ngan kerjer ako yang lepas2. tu yang pelik nyer. Aper2 jer la.

-------------------

Ako dapat panggilan untuk interview kat sebuah syarikat minyak yang tersohor jugak kat malaysia nie. tapi ako rasa berbelah bagi nak pegi kerjer kat sana. ako rasa walaupon gaji yang ditawarkan tu banyak beza nyer dengan gaji yang ako dapat sekarang nie, tapi ako rasa dalam banyak hal tak setanding ngan kebebasan yang ako dapat kat sini. lagi pon kat sini kerjer yang ditawarkan bukan nyer kontrak, tapi tetap. lebih baik kerjer tetap yang dapat gaji cukup makan daripada kerjer kontrak yang gaji nyer banyak. banyak jugak kelebihan yang ako dapat kat sini. mungkin ako akan pegi untuk interview, tapi untuk berkerjer kat situ hati ako 50/50. tengok la macam mana nanti.

-------------------

tetiba ako teringat satu peristiwa yang menjadikan ako gayat kat tempat tinggi. lawak jugak sebenar nyer. elok2 ako tak gayat terus tak berani nak panjat tinggi2. Citer nyer macam nie :~

citer nie masa ako kecik, berusia dalam 6-7 tahun. masa tu ako masih lagi dok ngan mak ngan abah kat keramat. dan umah ako berhadapan ngan taman permainan kanak2. zaman tu aper yang ader kat sana tu biasa la ngan aper yang ader sekarng nie. ader jongkang-jongkit, buaian dan gelongsor. tapi zaman nie tak der glongsor yang pusing2 macam cacing tu. zaman tu gelogsor nyer tinggi giler macam zirafah tunduk minum air. bayangkan la ako budak lagi tengok gelongsor yang tinggi macam tu.

kebiasaan petang2 ako akan pegi main kat taman permainan tu ngan kawan2 sebaya ako. dan salah satu permainan yang depa suka main ialah main kejar2. budak2. biasa la. masa tu tak der PlayStation lagi. kalau ader ako dok umah jer main game tu. sambung citer. biasa la budak2 main kejar2, mana tempat leh lari - sejauh tu la lari, mana tempat yang bole panjat - setinggi tu la panjat. so, kebetulan mungkin nasib ako baik, ako dikejar oleh kawan ako nie. tak tau macam mana ako rasa ako leh lepas kan diri kalau ako panjat gelongsor tu dan turun ke bawah dengan menggelongsor menggunakan tiang kaki gelongsor tu. tinggi nyer ader la dalam 6-7 kaki panjang nyer. tak reti takut masa tu.

ako ngan berani nyer panjat ke atas gelongsor tu dan cuber memeluk tiang kaki tu untuk turun. ntah nak dijadikan citer, sebab excited sangat nak larikan diri tangan ako terlepas dari memeluk tiang tu. aper lagi, ako pon terbang ler kebawah. aper yang ako ingat masa ako terawang2 tu ialah ako nampak langit tu makin lama makin jauh. sedar2 ako dah terduduk kat tanah. tak rasa sakit plak masa tu walau pon ako jatuh terduduk. mungkin nasib ako baik lagi sebab bukan kepala ako yang terantuk kat tanah. sejak tu la ako phobia kat tempat tinggi2 nie, walau pon dok kat dalam bangunan yang ader tingkat. seram sejuk jer tangan ngan kaki ako.

tu la citer nyer.

-------------------

0 Comments:

Post a Comment

<< Home