Tuesday, January 03, 2006

~ SMS 34244 - Part 4 ~

- Hi! awak! assalamualaikum wbt.
- Nak ucapkan selamat tawoon baru kat awak. semoga awak dalam keadaan yang ok sentiasa.
- Awak! awak ok tak? saya ok la kot. tak ader aper yang luar biasa pon, cuma semua biasa-biasa jer.
- Awak! untuk pengetahuan awak, emak saya dah selamat [alhamdulillah] pergi dan sampai ke mekah. baru tadi dapat sms dari dia. Dia cakap dia dah selamat check-in dan tengah menunggu briefing aktiviti nak dilakukan.
- Awak! sini saya nak list kan aper2 yang berlaku dalam masa terdekat nie. Kalau awak tak nak tau pon tak per, saya nak listkan jugak...

31-12-2005
- Ari sabtu. Kener kerjer la plak. tapi tak per la sebab kire OT. dapat gak duit lebih kan? tu pon datang dlam kol 11 tengahari. dapat la jugak rehat-rehat sambil bermalas-malas atas katil. bukan selalu dapat peluang macam nie. jadi nak di pendek kan citer. sampai upis, berkerjer sepeti biasa sampai la petang. dalam pukul 6 gitu. balik dari upis singgah kerumah sekejap. mandi-manda sambil buat aper yang patut. kemudia keluar menghala ke Kuala Lumpur. dalam perjalanan tu ader plak roadblock JPJ. biasa la time-time malam perayaan nie diorang rajin berkerja. bagus. bagus. teruskan perjuangan korang. sebelom sampai ke pusat bandar Kuala Lumpur, singgah sebentar di Taman Desa. pekena roti canai garing dengan kari kambing. minum plak susu lembu panas. wuii! dalam kesejukan ujan renyai-renyai tu, memang la terasa nikmat nyer. lepas menjamu selera, teruskan perjalanan ke pusat bandar. tapi bila tengok jalan menuju kesana semua nya ada riak-riak untuk menimbulkan jam yang teruk, terus buat keputusan untuk menuju ker Damansara Uptown saja. ok la, perjalanan ke sana tak seteruk yang disangkakan. mungkin ramai orang yang tengah berselimut dalam ujan tu dan mungkin diaorang nak menyambut tawoon baru kat umah jer. biarkan la. asalkan diorang bahagia. sampai didestinasi, dah nampak MPPJ tengah beratur kat semua penjuru jalan. di semua kes sebab nak halang peniaga-peniaga kecil-kecilan dari pasang meja kat sana. tak la sebesar mana pon kes nya, tapi sampai masuk dalam surat kabar tu yang buat gempak sket area ni. tak nampak pon batang idong atas alas meja peniaga-peniaga tu. agak-agak diorang dah di inform awal-awal lagi kot? tak tau la.

01-01-2006
Lepak tengok mercoon kat Uptown. sambil-sambil tu membeli belah DVD. abis la dalam 20 inggit. Beli citer "Austin Powers, The Exocist dan citer Queen of the Damned". lepas tu lepak kat gerai makan. tak makan pon, cuma minum air nescafe jer. padahal tadi ati dah berkata-kata nak pekena kuew teow kerang kat sini, mungkin sebab masih kenyang lagi kot. tu yang ilang selera nak makan lagi. so, duduk sana lepak borak-borak ngan pakcik janggut panjang [pakcik niaga air]. ntah aper angin dia ari nie, nak plak dia layan ako borak-borak. sebelom nie setakat senyum-senyum kambing jer ngan ako. mungkin azam tawoon baru dia nak meramah mesrakan diri dia ngan pelanggan-pelanggan dia kot? anyway, terima kasik pakcik janggut panjang sebab sudi nak layan ako borak-borak. biasa la. kalau dah tokey borak baik ngan pelanggan, sure dapat diskaun nyer kan? heh. terima kasih lagi sekali kat pakcik janggut panjang sebab kasi ako diskaun. Moga-moga makin murah rezeki dan makin panjang janggut pakcik. dalam kol 2 pagi, balik ke umah dan layan DVD tadi. Ok la citer nyer. tak rugi beli. ni ader komen citer nyer kat bawah :-

a) Austin Powers :
- citer nyer kelakar la. tapi tak digalakkan budak-budak yang bawah umur untuk menonton sama. kalau untuk tontonan dewasa ok la. sebab lawak jenaka nyer jenis lawak jenaka. ader jugak adegan-adegan yang memberangsangkan. ish. ish. citer nyer pasal Agen Austin Powers yang glamour pada tawoon 60an dan dia mempunyai musuh yang ketat bernama Dr. Evil. so nak dijadikan citer Dr.Evil nie penah terlepas dari tangan Austin Powers dan berjaya membekukan diri nyer untuk 30 tawoon. So, Austin Powers pon dengan sukarela nyer membekukan diri nyer jugak hingga sampai masa Dr.Evil kembali. jadi aper bile sampai masa 30 tawoon tu, Dr.Evil kembali membuat onar kat dunia dengan memeras ugut untuk meletupkan dunia dengan menggunakan bom nuklear yang akan dimasukkan ke pusat bumi. Dalam keadaan yang huru hara itu Austin Powers pon dicair kan. so, macam-macam la yang terjadi apabila orang yang idop dalam tawoon 60an, berlegar-legar didunia tawoon 90an. nak tau selanjut nyer. beli sendiri DVD tu.

b) The Exocist :
- salam satu citer seram yang ako minati. walau pon dah lama citer nie, tapi mampu memahat wajah antu nyer dalam pala otak. tak tau ler korang. citer nie berkisar mengenai 3 manusia yang ditemukan dalam satu scenario. orang yang pertama seorang paderi Damien Karras yang kematian ibu nyer dan dia rasa bersalah kerana saat kematian ibu nyer itu dia tidak ader bersama-sama. disaat itu juga dia berasa kepercayaan dia kepada tuhan tidah lagi kukuh seperti dulu. yang kedua nyer sorang paderi tue yang juga seorang ahli kaji purba. beliau bernama Merrin [nama awal dia luper plak]. Sebelum ini beliau pernah menggunakaan kaedah 'Exocism' untuk melawan roh jahat dalam badan manusia dan didalam keadaan yang terdesak itu dia adalah satu-satu nyer paderi yang mampu menjalan kan aktiviti tersebut. walau bagaimana pon dia mempunyai penyakit dan tidak sekuat masa muda nyer dulu. dan yang terakhir seorang pelakon wanita Mcneil, dimana dia mempunyai seorang anak pempuan [Regan] yang dirasuk oleh roh jahat. Beliau seperti kebanyakkan warga-warga kristian yang hanya kristian pada nama dan tidak mempunyai pegangan yang teguh kepada tuhan. so, nak dipendek kan citer Mcneil telah diperkenalkan kepada paderi Damien melalui seorang kawan nyer. dan untuk menjalan kan proses menghalau roh jahat itu Damiel perlukan seorang paderi yang berkebolehan. dan disitu la watak paderi Merrin muncul. disebabkan roh jahat tu terlampau kuat sampai paderi Merrin yang sakit tu mati dibuat nyer. Kerna tiada jalan lain untuk menghalau rih jahat itu, paderi Damien merayu roh itu supaya meninggalkan tubuh Regan dan merasuk diri nyer. apabila roh itu telah memasiki tubuh nyer, dia pon melompat dari tingkap dan jatuh ke tangga setinggi umah 3 tingkat. Dia membunuh diri nyer. dengan membunuh diri nyer itu roh jahat tersebut pon tak la merasuk mana-mana manusia lagi. pegi beli dvd kalau nak tengok muka antu yang menarik.

c) Queen of the Damned :
- citer nie ako beli sebab ianyer adaptasi dari novel kegemaran ako dengan tajuk yang sama. citer nyer pasal vampire Lestat yang telah menghisap darah ibu segala vampire dan mempunyai kuasa untuk berjalan disiang hari. nak dijadikan citer, ibu segala vampire tu telah hidup kembali sebab Lestat telah membangunkan beliau dengan gesekan biola nyer. ibu vampire ini pon mengganas dan membunuh ramai manusia termasuk la vampire. kerna Lestat tlah termakan budi baik ibu vampire itu, jadi sia pon bersetuju untuk bersetongkol dengan rancangan ibu vampire tersebut. jadi ader la vampire-vampire yang menggembleng tenaga untuk melawan dan membunuh ibu vampire itu. nak tau aper jadik? pegi beli dvd.

02-02-2006
- Awak! lepas saya nengok dvd tu saya tido sampai la hampir tengahari. lepas tu siap-siap nak balik ke keramat, sebab nak antar emak ke Kelana Jaya. Dalam perjalanan ke sana pon dah ujan renyai-renyai. sampai sana tolong la kemas-kemas kan aper-aper barang yang patut dibawa. semak balik mana tau kan dalam sibuk-sibuk tu ader plak barang yang tercicir. lepas semayang asar, orang-orang dari surau datang bertandang dan ader la bacaan doa selama sikit. dalam kol 6 petang bertolak ker Kelana Jaya. Ujan turun sepanjang hari dan tak ader tanda-tanda nak reda pon. sampai kat sana ramai dah orang yang berpusu-pusu mengantar orang. makcik ngan pakcik yang jauh-jauh pon ader yang dah datang. dalam kol 8.30 malam, panggilan untuk check-in dah bergema. so ni la last check point untuk menghantar emak. dari sini cuma boleh perhatikan dari kejauhan emak masuk kedalam dengan beg besar nyer. semoga emak selamat pegi dan balik....

- Awak! panjang cerita nyer kan? tu la dah lama simpan citer nie. akhir nyer dapat gak luahkan untuk bacaan awak. harap awak terhibur la kot? terhibur? perkataan yang tak sesuai rasa nyer. tak per la, awak. harap-harap awak ok jer kat sana. Rindu, Sayang dari saya Shahrul Nizam Mohd Ariff.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home