Friday, June 24, 2005

Hari Indah - Resolusi 1

Selamat pagie.

Hari yang indah hari ini. cuaca terang tetapi tak menyilaukan mata. Angin sepoi2 bahasa, silap2 bole membuatkan mata yang baru nak terbuka jadi berat serta-merta.

Hari ini hari jemaat, bermaksud hari ini hari last ako bertapa dalam upis untuk minggu nie. Akhir nyer sampai la hari untuk ako merehatkan diri ako. Untuk pengetahuan, ako dah pon menghabiskan satu CD PS1. "Game Over" kater orang putih. Rasa macam bertaun nak menghabisi kan game tu. Rasa puas ati sangat. Maner la tak nyer, dekat2 sebolan lebih ako mengadap tv tiap2 malam, memupuk semangat untuk menghancuskan kejahatan yang mengganggu. Selagi tak abis ibarat makan tak kenyang, mandi tak sempurna, tido tak nyenyak. gitu la gamak nyer.

Semalam ako pg melepak kat kedai mamak. Bukan cadangan ako tu, kawan ako ila yang ajak melepak saner. Tak ader mender penting pon, cumer dia ader sket persoalan. Dia perlukan pandangan orang lain atas aper yang dia alami. Ako bukan nak citer pasal aper yang dia luahkan kat ako, ako nak citer aper yang adik dia borak ngan ako. Adik dia namer lina. Ok la orang nyer. First time ila bawak adik dia jumper ako, punyer la lama ako kawan ngan dia.

Adik dia baru abis study kat UPM jurusan Industrial Design, tapi lom grad lagi. Insyallah dalam taun nie gak. Borak2 tentang designing tetiba pikiran ako tercetus satu ilham dan ianya membawa seribu pertanyaan. Ako bukan nyer pandai sangat dalam bidang seni halus nie, tapi ako minat untuk tengok, minat untuk mengakaji aper motif yang nak disampaikan oleh pencipta mender alah tu. Ako pernah terlihat diorang menggunakan tanah liat, simen, kayu, besi dan macam2 lagi unsur/medium termasuk la kanvas dan kertas. Ako tertanya2 sekire nyer ako mengambil motif atau pon medium "batu nisan", ada ke mender tu bole diterima oleh masyarakat. Mungkin ianya tak masuk akal tapi mender tu membuat ako berfikir.

Bercerita mengenai batu nisan nie, ada sorang hamba allah yang mengatakan "kalau kiter membaca aper yang tertulis kat batu nisan, kiter akan menjadi cepat pelupa". Ako bidas pendapat dia tu. Bagi ako tak masuk akal langsung aper yang dicakap tu. Ako tanyer balik, "Aper kuasa yang ader kat batu nisan tu yang bole menjadi kan orang pelupa?". Kadang2 mender2 macam nie bole buat kiter terpesong akidah. Maner tak nyer, batu nisan tu cumer seketul batu yang dijadikan penanda yang kat situ ader tertanam nyer mayat seseorang. Aper kuasa yang batu tu ader pon? tak masuk akal yang batu seketul tu mempunyai kuasa macam tu. Tak plak ako ada membaca atau terdengar hadis atau ayat kuran yang melarang sampai macam tu. Aper la!. Macam2.

Hmm. aper plan ako ari nie agak nyer. Mungkinkah ako nak pg sopping komplek sebab nak cari CD Ps1 baru, atau ako pg carik VCD/DVD baru ker, atau bermalas2 kat umah sajer.

Citer pasal VCD/DVD, nie ader ulasan sket aper VCD/DVD yang ako nengok baru2 nie.
1) Sin City - Lakonan Bruce Willis
- Ok la citer nyer. Orang cakap filem nie diadaptasikan dari citer komik. Ako tak ada ternampak komik yang berkongsi nama dengan filem nie pon. Mungkin ader cumer ako tak terperasan agak nyer.
- Dari segi jalan citer agak menarik kerana ia menceritakan mengenai 3 watak utama yang mempunyai satu titik pertembungan dalam kehidupan mereka, cumer mereka tak tau yang diorang tu pernak berjumper. Ako tak pelik kalau jalan cerite nyer macam tu sebab ako tau prngarah nye suker buat citer2 jenis macam tu. Nama pengarah nyer Quentin Tarantino. Pengarah citer "Pulp Fiction".
- Untuk pengetahuan semua, citer ni dalam hitam putih. Bukan sebab diaorang tak der budget nak buat filem dalam kaler, sebab macam ako cakap tadi filem ni adaptasi dari komik. Kalau komik tu dalam itam putih, filem pon macam tu la jugak.

2) Batman Begin - Lakonan Christian Bale
- Sebenar nyer ako pon tatau saper batman baru nie. Ako tengok citer ni pon sebab watak batman tu.
- Citer nyer masih mengekalkan kegelepan malam kat Gotham city. Cumer pada permulaan citer ada la dalam keadaan cuaca terang sket. tu pon masa batman tu dalam proses pencarian diri dia yang sebenar.
- Gadget batman tu ok la. tak ler mengancam sangat. Ako suker keter batman tu nampak ganas sket dari pada keter batman2 yang lepas2.
- Kenapa aper watak awek batman tu? ako tak paham. Ako rasa kalau citer tu lebih di tumpukan pada watak batman tanpa kehadiran awek tu pon tak ader aper yang kurang. Sajer nak selitkan watak feminin dalam citer batman kot? Yer la, dah la batman tu jantan, orang jagi dia pon jantan, orang jahat dia jantan, nanti boring plak jantan2 yang nengok citer tu kan? kan? kan?
- Satu soalan. batman tu sebenar nyer ninja ker? Kalu macam tu "Ninja Turtle" pon leh jadi batman kot?

Lepas balik dari lunch hour. Abis kan masa dalam keter baca novel "Taipan-James Clavell". Luar tu ujan lebat tak dapek nak gi semayang jemaat. Dari pada buat mender tak berfaedah baik ako membaca, ada gak mender yang ako dapat. Buku tu dah lama ako tak baca, tak ader masa nak diluangkan. Naper la tak busan2 ako baca buku dari pengarang nie. Mungkin sebab citer dia menarik kot. Atau latar belakang citer tu menarik. Aper2 pon kalau ader antara korang yang minat membaca, pg la kedai buku baru, atau kedai buku terpakai carik la buku karangan dia nie.

Ok la. nak pg sambung kerjer dah. buhbye!

Thursday, June 23, 2005

Lirik - Inspirasi?

"Every hour of every day I'm learning more
The more I learn, the less I know about before
The less I know, the more I want to look around
Digging deep for clues on higher ground"

UB40 - Higher Ground

tetiba ako teringat pasal lirik lagu nie. bole di kater kan dah lama ako tak dengar lagu2 berentak reggae ni. ntah naper terngiang2 kat telinga ako. setau ako tak ada plak ako terngar lagu nie main kat radio atau cd.

dalam maksud potongan lirik tadi, penuh dengan maksud dan inspirasi.

sepatut nyer sebagai sorang manusia kiter kener ader semangat yang macam mana dilagukan tu. lebih2 lagi kalau kiter nie mengaanggap diri sendiri sebagai sorang islam. kehausan untuk mempelajari sesuatu yang baru, keinginan untuk mendalami aper yang pernah kiter pelajari. tak kesah la samada mender tu dalam bidang akademik atau pon tidak, samada mender tu pernah dipelajari di sekolah atau pon dari aper yang kiter pelajari secara tak langsung.

kupasan diatas secara tak langsung membuat ako berfikir - naper la kurang nyer lagu2 melayu yang ader cumer membawa kesedaran yang macam tu. rasa nyer dah sesat pasaran lagu2 melayu yang berbait kan puisi2 yang tak bermaksud, yang tak bertenaga dan tak ader membawa secubit kesedaran langsung. sumer citer pasal keseronokan bercinter la, keseronokan barpasangan la, dll. tak cukup tempat kalau ako nak kritik lagu2 jenis macam nie.

ok la. ako nak sambung buat kerjer. ni pon tengah dijeling2 oleh bos. wasalam.

Tuesday, June 21, 2005

M-a-l-a-s

Malas nyer nak keje.
Semakin ari rasa tersangat la malas nyer nak keje.

tatau ler naper.
rasa macam dah tak best nak kerjer. bukan sebab kerjer banyak menimbun. bukan sebab geng2 secawat tak best.
mungkin sebab bos yang kurang menyenang kan kot? almaklum ler bos pompuan.

ako paham dept ako nie dept baru. orang keliling asik perati jer performance kerjer kiter orang.

alamak malas nyer nak menaip.... adeh!