Saturday, October 07, 2006

~ Journey to Sentral Part 1 ~


Assalmualaikum wbt dan selamat sejahtera..
Ari nie ari sabtu dan ia nyer hari sabtu yang sungguh bertuah sebab ako kener bertugas pagi nie. kol 8pg dah kena masuk kejer, ya rabbi! malas nyer la nak kejer ari nie.

Cuaca pagi nie melambangkan macam mana perasaan ako nak kuar umah pegi keja. Kabut / jerebu tebal walau pon semalaman hujan, angin langsung tak bertiup. Pelik jugak seminggu nie tebal sungguh jerebu kat Putrajaya ni. kalau macam nie la lagi seminggu, musti ramai orang sakit kat kawasan nie. termasuk lah mereka-mereka yang kerja gomen kat Persint-Persint berkenaan. Lama gak ako tak baca surat kabar, tak tau la aper hal nyer sampai jerebu leh sampai macam ni keadaan nyer. Baru tadik dapat email bagi tau sebab pembakaran (sengaja/tak sengaja?) kat indon sana. tapi tak dapat la dibayangkan baper banyak pokok-pokok yang kener bakar tu. mesti sedih mereka-mereka yang kerjer menjaga hutan (secara tak langsung atau pon yang secara langsung terlibat) tengok pokok-pokok yang diaorang bela terbakar. Kalau pikir-pikirkan bukan nyer dekat malaysia ngan indon tu. kalau naik tongkang dari acheh, mau makan 2-3 ari gak kot? bayangkan la sebanyak tu punya asap bole sampai sini, "musti busar punya api ada bakar". ako bakar sampah kat belakang umah pon tak la sampai macam tu nyer tebal asap nyer. ishh. ishh.

Citer-citer nie dah dekat seminggu lebih gak la kot posa. ako pon tak kira baper ari dah posa. memang dari dulu ako macam tu. bagi ako kalau berkire-kire nie lagi lambat rasa nyer, sebaik nyer bagi ako teruskan jer la posa sampai ader terdengar lagi 2-3 ari nak raya dah. ako rasa kalau orang yang berkire-kire ni macam jenis tak sabar nak mengabiskan posa, tak sabar nak beraya la tu. ala! kalau tak pendek umur insyallah sempat nyer beraya. yang penting kena la mengabiskan dulu posa. tu la, susah tak mboh nak terus senang jer. mana leh macam tu, kawan.

Ari rabu lepas ako ada appointment untuk berbuka posa ngan kawan ako Jiji. kawan lama ako masa ako budak-budak lagi. nie sekarang masing-masing dah sibuk ngan kerjer / idop masing-masing, dah jarang sngan jumpa. ako pon dah lupa bila "last" skali ako jumpa dia. hmm. ada la dalam 6-7 bulan lepas kot. dia sms ako senin lepas kol 11mlm. ada ka "time-time" macam tu ajak ako kuar pegi kl? mabok per! kalau 10minit dari Putrajaya bole sampai kl bole la. dah la tu, dia sms ako pon sebab dia buhsan dok umah sowang-sowang. mak ngan adik dia pegi merewang umah kakak dia. ako bagi tau dia, "lain kali, inform la 2-3minggu sebelom nak kuar. nie last-last minit baru nak bagi tau. aper la". alih-alih dia cakap nak "repeate" balik jumper ako, tapi "time" buka posa plak. so, dah set la ari rabu nyer nak buka posa. punya la teruk sampaikan"venue" pon tak set lagi. ala! yang nak jumper pon semua nyer lelaki, tak la kesah sangat. setakat nak jumper buka posa tu bole lagi beli air bungkus dok buka atas tembok. lain la kalu "date" buka posa ngan pompuan. leceh sket. "time" kena betol, "venue" kena seswai, itu... ini... blah! blah! blah!

sambung citer. aritu ako kuar upis kol 4.30ptg. ako sms dia yang ako nak jumpa dia kot Sentral lrt stesyen. dia pon setuju, tak ader bantahan aper-aper pon. so kire ok la tu. sebenar nyer ako malas nak bersesak bawak keter dalam jam tu. ako memang paham nyer "hiway" sungai besi tu. sedangkan ari biasa pon nak bergerak susah, aper lagi time orang balik kijer "time-time" bulan posa nie. ako tak nak la amik risiko berbuka posa dalam keta nanti. lagi pon kalau naik lrt bleh la lepak-lepak, tengok permandangan, tengok orang, baca buku ker, tapi yang penting ako dah lama tak merasa jadi penumpang. asik-asik ako jer jadi pak supir, tak kesah la sama ada ako "drive" sorang ker atau bersama orang lain. bole kire baper kali jer ako naik "public transport" sejak ako pandai "drive" nie. dah lama jugak tu kalau diingat-ingatkan.

so, 4.30ptg ako gerak ke "parking" kat lrt bukit jalil sebab paling dekat ngan upis ako. ako ingatkan "parking" kat area lrt "free", tak jugak. kener bayar dalam RM1.50. nasib baik la sekali bayar jer, kalau kener RM1.50/jam baik ako bawak jer keter pegi kl. tak berbaloi. jalan kaki ke lrt dalam 5minit. sebelum tu ako bertukar rupa untuk menyesesuaikan (ader ke perkataan macam nie???) ngan keadaan semasa. agak janggal la plak nak jenjalan naik "public transport" ngan berpakaian kemas macam nie. "nerd" sangat la plak nampak nyer. ako "un-tug" baju kemeja maroon ako, carik "cap", bukak satu butang baju paling atas, pakai "cap" terbalik, amik beg sandang itam ako, kuarkan "ipod" dan cucuk kat telinga. ok beres. sambil dengan "ipod" tu ako bergerak perlahan-lahan menuju ker stesyen lrt bukit jalil tu. untuk pengetahuan korang, ni la "1st time" ako nak naik lrt kat situ. kalau setakat nak mengambik atau menghantar orang kat sana pernah la. dah la ako termanggu-manggu sambil berpikir camner la ako nak beli teket. dah la kedua-dua mesin teket rosak. "last" ako pegi kaunter terus.

Ako : teket ke Sentral satu. (sambil buat muka konpius)
Tukang teket : Kalau encik nak ke Sentral, encik kena "transit" dulu. terpulang la samada encik nak "transit" kat Bandar Tasik Selatan atau pon di Masjid Jamek, pon bole gak.
Ako : Err... (Bandar Tasik Selatan tu kat mana? Masjid Jamek tu dah kat tengah-tengah kl dah. tak jauh ke nak patah balik gi Sentral?....) takper la. teket ker Bandar Tasik Selatan satu (ako cakap dengan konfiden nyer. ako pon tak tau baper hinggit harga teket tu, jadi ako hulurkan RM10.)
Tukang teket : Hmm. tak der duit kecik ker encik? (sambil buat muka terperanjat campur muka penat posa)
Ako : tak der la. tu yang paling kecik. (senyum dan buat muka tak bersalah)
Tukang teket : (mencapai duit RM10. memulangkan balik baki duit ako dan teket.) Terima kasih.
Ako : (eksprasi terkejut sebab duit sen nyer menimbun-nimbun) Er.. sesama

Ako belek-belek teket tu carik harga nyer. La! RM0.70 je? awat murah sangat? patut la banyak sangat duit "balance" nyer. dah ako berjalan sambil membawa duit sen seberat tu ke tingkat atas.

Sampai atas ako nengok kiri kanan. tak ramai orang kat sini. mungkin orang blom balik kejer lagi kot. tapi takkan la kot, sebab tengok jam dah menunjuk kan kol 4.50ptg. (orang-orang kat sini tak balik kejer awal ker masa bulan posa ni?). ako kuat kan "volume" ipod dan layan lagu sambil perhatikan kalau-kalau lrt sampai. ader la dekat-dekat 10minit tunggu baru la sampai. huyooo! tak ramai orang, banyak lagi tempat duduk kosong. nasib baik. seronok nyer naik lrt, wooo! rasa hebat sangat, macam budak-budak plak. hehe.

ako tengok atas, ako baca peta perjalan lrt. ooo! lagi 2 hentian sampai la kat Bandar Tasik Selatan. lrt bergerak perlahan-lahan. ako perhatikan kebanyakkan jalan-jalan masa nie semua nyer jam. termasuk la "hiway". nasib baik ako naik lrt, pilihan yang bijak. tak sempat panas kusi tu ako dah sampai ke Bandar Tasik Selatan. turun jer ako nampak perbezaan kat sini dengan Bukit Jalil. kat sini penuh dengan orang. sibuk. ader "student", mak bapak orang, anak dara, dll...

Dah kat sini plak ako terpinga-pinga sebab tak tau nak pegi mana. yer la tukang teket tu cakap kener "transit", tapi "transit" yang mana satu. yang buat ako konpius tu sebab kat sini ader kaunter untuk komuter dan ERL. pikir punya pikir, disebabkan ako tak mau buang masa dan sebab ako tak mau terlambat ke Sentral, ako buat keputusan untuk naik ERL jer. ako pegi ke mesin teket yang berdekatan, nasib baik masih bernyawa mesin nie. tonyoh! tonyoh! tonyoh! (macam iklan TV9) butang kat mesin tu, tup! tup! dia mintak RM4.20. ok. ako masukkan la duit secukup nyer dan dapat la teket. gerak perlahan-perlahan ke terminal. la!! ako sorang jer ker lagi kat sini? dah la tadi ako sorang jer, kat sini pon ako sorang bernyawa gak ker? mana pegi sumer orang ek? la! patut ler tak der orang. ako jer sorang yang "time-time" balik kerjer ni nak pegi kl. orang lain sumer nak balik umah dari kl, ako terbalik plak. dok situ menunggu rasa macam dalam citer seram plak. dah la terminal tu sunyi, dengan lampu tak terpasang lagi, cahaya pon suram-suram je, campur ngan jerebu tebal... hu! hu!

ada la dalam 15minit tunggu baru la sampai ERL nyer. agak ramai orang. tertanya-tanyer ako dari stesyen mana diorang nie naik. yer la, ako bukan nyer penah naik pon kat stesyen ni. sonok tengok permandangan kat luar masa ERL tu bergerak. laju!! kejap nampak kawasan perumahan, kejap tukar jadi kawasan bukit, kejap tukar jadi kawasan kedai. kejap jer rupa nyer nak ker Sentral. kalau "timing" tepat, mungkin lebih cepat daripada masa yang ako buat arini. tu sebab ako tak tau kol baper lrt sampai, kol baper ERL sampai terminal. nanti la, kalau ader kesempatan ako nak "repeate" balik perjalanan ako nie lagi. nanti-nanti la.

Sampai kat Sentral ako terus carik "food court" kat tingkat 2.

------>> bersambung

0 Comments:

Post a Comment

<< Home