Monday, October 03, 2005

Ramadan - Proses pencucian jiwa.

Assalamualaikum wbt...

nampak nyer tak lama lagi bolan ramadan dah nak datang. ari ni sepatut nyer dah kuar result biler time mula posa. dan kebanyakkan orang dah kalkulat yang posa jatuh pada ari rabu nie. pejam celik, pejam celik dah posa balik dah. rasa macam pobia jer nak muler posa nie. ntah la, mungkin dah kerap sangat makan dan dah kerap sangat minum sampai dengar time nak posa macam nak kener hukum kusi letrik plak. ada plak yang makan sedaya yang bulih kunun nyer nanti bolan posa tak dapat makan dah. bole la plak macam tu?!

Ok la. Korang mungkin penah baca artikel yang ako letak kat bawah ni. tapi tak per la, lagi banyak baca mender yang sama lagi masuk otak kan? senang nak ingat.

HIKMAT-HIKMAT PUASA
Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya:
- Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya.
- Melatih jiwa supaya mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang-orang yang susah dan menderita.
- Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong dan hasad dengki.
- Melatih diri supaya bersifat sabar dan tabah menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.
- Menanamkan semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan perpaduan.
- Menanamkan semangat sama rata dan menjauhkan sifat membeza-bezakan di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung peritah Allah.
- Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peaturan dan menghargai masa kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.
- Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh badan dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.
- Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh badan - terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.
- Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadah kerana Bulan Ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul-Qadar dan Sembahyang Tarawih.


banyakkan? kalau dikire peratusan, banyak kebaikan untuk mencuci kan jiwa yang dah malap, kabut sepanjang taun. macam ako la. rasa berat la amat sesangat nak berposa nie. ingat nak amik mc jer, kalu boleh.

tapi diceruk2 ati ako nie ade rasa nak berubah. saper yang tak nak berubah pada yang lebih baik kan???...