Saturday, February 03, 2007

~ A day in My Life ~

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera pada semua..
Hmm. Baru la ada masa nak menaip untuk diri sendiri hari nie. Sepanjang bulan Jan 2007 kerjer melambak-lambak. Tak ingat punya. Balik kerjer matahari pon dah terbenam, tak bleh nak buat aper lagi dah.
Smapai umah buat aper-aper yang patut dan tido/rehat untuk kerjer keesokan hari nyer. Macam tu la aktiviti sepanjang bulan.

Walaupon sibuk tapi sesekali terdengar bisik-bisik dari orang sekeliling mengenai aper yang sedang terjadi kat dunia sekarang nie. Tak payah tengok berita kat tv pon. Citer pasal banjir la, eksiden la, saham la, dll.

:: Citer pasal banjir.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Thanks for your support !!
We managed to collect RMX,XXX from ISCM, OPs and IT365

This coming Sunday, 40 volunteers will be going to Yong Peng, Johor by bus to help in the “gotong-royong” and also to send donations directly to the affected areas. We’re sending 100 new stoves, clothing and Dry Foodstuffs.

Schedule
7.30am - depart from TPM Ent 4 Lobby
11.30am - arrival
12.30pm – handover of donations

Lunch provided
Gotong royong clean up houses
Approx 6pm - Depart to KL

Volunteers, pls be suitably attired (T-shirt with SCB LOGO) and bring extra change of clothing
I2O Community Committee
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Coming soon(esok) segerombolan kakitangan kompeni ako pegi buat kerjer amal kat Yong Peng. Sayang nye ako tak free nak ikot meng’volunteer’kan diri ako. Ako kerjer arinie dan ako takut tak cukup rehat jer untuk bertugas ari senin nanti. Terkilan jugak. Best per gi tolong orang sambil jenjalan nie. Bukan selalu. Tapi aper yang ako nengok kat sini, diorang amat la prihatin sangat dalam hal-hal berkaitan kemanusiaan nie. Ok la tu. Susah nak carik kompenin yang ader sifat-sifat kemanusiaan sejagat. Anyway, ako ucapkan selamat pegi dan selamat kembali pada rakan-rakan seperjuangan yang berjuang untuk kemanusiaan tu. Kool beb! Salut!

:: SUDOKO
Semenjak dua menjak nie buku SUDOKU menjadi teman intim ako kemana saja. Agak-agak kalau ako ader awek, mesti dia jeles giler sebab kemana-mana ako pegi buku tu mesti ader berkepit ngan ako. Hehe. Aritu ako tengah lepak kat kedai mamak sambil minum teh panas(faberet terbaru ako). Sambil dok konsentrate merenung macam mana nak ‘settle’kan masalah SUDOKU tu, tetiba kuar dari kedai tu satu ‘couple’. Dia orang menyapa ako dari belakang, kalau ako tengoh minum tu mesti tersedak dah.

Boipren : Akum bang! Abang tengah main aper tu? Dari tadi saya perhati abang masuk kedai terus je tenung buku tu.
(
ako ingat ako jer suka dok perati orang kuar masuk kedai, ruper nyer ako pon ader orang perhatikan. hehe)
Ako : Err. Tengah main SUDOKO nie. (sambil tunjukkan buku SUDOKU kat diaorang)
(nampak macam ‘blur’ je diaorang nengok buku tu. Lebih-lebih lagi awek dia yang bertudung itam dan bertahi lalat didagu sebelah kanan. Pergh! Detail description la plak.)
Ako : (sambil bukak beberapa helaian buku tu) Err. Tak tau la kalau awak penah nengok buku nie. Tapi macam nie la ghuper nyer. Bole la tahan best nyer. Kalau ader masa gi la nengok kat kedai buku mana-mana. (ako tunjukkan muka depan buku tu supaya diorang dapat ingat macam mana nak eja SUDOKU. hehe)
Boipren : ooo! Ok. Nanti saya cuba carik. Masey ek!
Ako : ok. Tak der hal.
Gelpren : .... (blur lagi sambil kelip-kelip mata. hehe)


Sowang lagik kemungkinan terasuk ngan SUDOKU. Terima kasih la kat ako sebab ‘promote’kan. Err. Dapat komisyen ker nie? 5%? Hehe

:: SUDOKU lagik
Dah jadi kelaziman ako tak makan lunch tiap-tiap ari. Bukan nyer diet cumer malas nak beratur panjang-panjang kat food court nu. Ako lagi rela gi lepak kedai mamak time lunch sambil pekena teh panas(lagi). Sambil-sambil tu awek(buku SUDOKU) ako tak la ketinggalan gi temankan ako kat sana. Bole kater tiap-tiap ari ako gi sana bertapa sambil tenung buku. Sampaikan mamak tu dah tau dah kalau ako sampai jer mesti ako order teh panas gelas besar satu. Dan dia takkan tanyer ako nak makan aper sebab ako takkan order lain lagi selepas ako ‘start’ je bukak buku SUDOKU tu.

Ako ingat ako nie dah kronik kot? Hehe. Atleast ader mender buat otak ako berpusing ligat daripada ‘idle’ pada satu mender yang tak tentu.

:: VCD/DVD
Ako pegi sopping sakan beli VCD/DVD kat kedai. Sebenar nyer tak der kedai yang tetap ako pg sopping. Kadang-kadang kat pasar malam, kadang kat maner-maner sopping kompleks, atau pon kat kedai makan yang ader orang menjual VCD/DVD berniaga. Lama ako tak sopping ako pon tak berapa tau dah aper citer-citer yang best sekarang nie. Bagi ako, ako akan beli DVD sekira nyer citer tu dah lama dan review dari orang ramai mengatakan citer tu best. Dan ako akan beli VCD untuk citer-citer yang terbaru kat pasaran yang ako tak tau best ke tak. So, kat situ ako bleh save duit. Tak guna beli DVD untuk citer yang tak tentu best atau tak kan?.

Sambung citer. Ari tu ako beli citer :-
- Apocalypto (DVD)
(Citer arahan Mel Gibson. Citer pasal tamadun MAYA kat amerika selatan. Arahan yang baik dari pelakun yang best. Tak sangka dia bole buat citer macam nie. Yang best nyer citer nie semua pelakun nyer macam muka orang asli. Tak der pelakun yang terkenal pon. Dan isu tu tak effect jalan citer pon. Enjoy tengok scene diaorang memburu dalam hutan. Bast woo kalau dapat kaki laju macam tu dan mata tajam leh nampak sume mender kat depan sambil berlari. Tak sesia ako nengok citer nie. Arahan Mel Gibson yang best antara nyer Passion of Chist dan Brave Heart . Salut!)


- The Nativity Story (DVD)
(Satu lagi citer yang pelakun nyer dari kalangan orang-orang yang tak glamour, tapi jalan citer nyer best. Citer nie rasa nyer untuk release hari Christmas, sebab citer nie pasal Mary dan Joseph gi Bethlehem nak lahirkan Jesus. Selalu kat Christian religious painting ader gambar orang reramai nengok budak kecik lahir kat kandang kambing. Nak tau sebab nyer kener nengok la citer nie. Macam Gospel of John/Passion of Christ nie citer pasal agama Christian. Ader gak orang bising pasal ako nengok citer-citer macam nie. Ala, ako nengok pon sebab ako anggap mender nie sebagai satu filem sejarah jer. Lagi pon ako nak nengok “Point of view” orang Christian tu macam mana tentang sejarah agama diorang. Takkan salah kot?)

- The Fountain (DVD)
(Citer lakonan Hugh Hackman(Xmen). Hehe. Lawak nengok dia berlakon botak. Licin woo! Dia berlakon ngan saper ntah pompuan yang jadi heroin citer Constantine, tak tau nama. Ok la citer nyer. Ako rasa dia nak buat macam citer Pulp Fiction yang mana seua scene lompat-lompat, tapi tak jadi kot. Citer pasal bini dia sakit dan dia cuber carik penawar untuk ubat isteri dia. Ader konflik dalaman sket ngan laki dia semasa dia carik penawar tu.)

- Curse of the Golden Flower (DVD)
(Ako tak tunggu citer nie dan ako tak tau pon citer nie ader kuar kat wayang. Kalau ako tau kemungkinan ako pegi nengok. Best! Scene askar pakai armour emas serbu istana lawan ngan askar pakai armour silver best giler. Siap ngan bunyi “kenting, kenting” armour tu bunyi sambil diorang belari. Diorang cakap askar tu semua, askar betol sebab diorang nak pakai ramai pak pacak. Hehe. Sekali nengok macam tak paham aper mender yang jadi dan yang akan terjadi. Semua terjawap time akhir citer tu. Gong Li cun giles. Tengok props forbidden city menarik. Cantik idea diorang letak ‘Stain Glass’ effect sepanjang lorong istana.)

- Battle of Wits (DVD)
(Citer lakunan Andy Lau. Citer pasal sowang manusia mempertahankan satu istana yang kena kepung ngan beribu-ribu askar musuh. Citer macam mana dia nak meyakinkan dari rakyat biasa sampai la ke raja untuk percaya yang istana tu leh selamat dari musuh. Sad but true, bila semua musuh dah kalah diorang fitnah Andy lau sebagai pemberontak nak jadi raja. Tu la kalau terlampau berpolitik sangat. Ironik, beribu-ribu askar tak bleh nak tawan istana tapi hanya baper ratus askar jer dapat tawan istana ngan mudah. Teringat ako ngan kata-kata Sun Tzu(dalam Art of War), “Pecah-pecahkan musuh dan serang”....)

- 3 in 1 DVD (Ashes of Time / Bride with White Hair 1 and 2)
(Ako dah lama carik citer-citer nie. Tapi nampak nyer nasib ako baik sebab ‘lanun cetak rompak’ DVD ‘menerbitkan produk nie. Hehe. Ako suka Bride sebab ader Brigette Lin. Banyak citer matial art HK dipelopori oleh dia nie. Tak tau la korang kenal ke tak dia nie. Ashes citer pasal(ako tak tau betol ke tak) yang pakar-pakar kungfu zaman dulu pernah satu ketika berkenal dan berkawan baik sebelom menjadi mashyur. Anyway, citer best. Scene lawan best. Pelakun best-best!.)

Semua nyer ok. Scene, kaler, kostume, props mengikut kehendak ako. Pendek kater cantek!. Tapi ako nyesal beli VCD kali nie sebab semua citer baru-baru hancus. Antaranyer :-
- Black Christmas
(Ntah aper kejadah nyer citer nie. Dari mula citer sampai la abis, ako tak paham mender la pengarah di nak sampaikan. Mungkin diorang jual VCD ni sebagai rujukan aper-aper cara nak bunuh orang kot? Mula-mula dah ader orang mati, cakap-cakap sket lepas tu mati lagi, abis semua orang mati.. What the heck!)

- Boo
(Citer pasal bebudak sambut Halloween kat spital lama. Sajer nak adventure la kunun, tak tau ader hantu dalam spital tu. Tak ader ujung pangkal tetiba plak heroin tu mak dia mati kat spital tu dulu. Ehh! Tetiba plak heroin tu ader power leh nampak antu. Haru! Haru! Filem murah.)

VCD yang best cuma :-
- James Bond: Casino Royale
(Tak rugi beli. Paling ako suka time mula-mula dah ader action. Scene kejar-kejar dalam bangunan tak siap lagi tu menarik giler. Giler betol la stuntman diorang buat scene kejar-kejar macam tu. Lompat kuar dari tingkap, turun tingkat bawah melalui lubang kat lantai, pergh! Tak tau la kalau dalam dunia nyata leh buat gitu, kalau tak tersungkur atau langgar dinding batu la!)

Adeh! Fenat menaip. Lepas nie mesti ako rasa lega sket sebab banyak mender ako dah perah kuar.