Thursday, December 29, 2005

~ SMS 34244 - Part 3 ~

- Hai awak! aper kabar? semenjak due menjak nie saya sibuk sikit. banyak urusan, lagi pon saya tak beberapa sihat kebelakangan ini. Mata kener jangkitan kuman la, lepas tu badan rasa tak beberapa sihat. Demam panas. tapi alhamdulillah dah kurang sikit sekarang nie. cuma mata saya rasa macam berpasir sikit. insyallah nanti-nanti baik la tu.
- Awak! dua minggu lepas saya pergi kenduri di ampang. kenduri doa selamat untuk emak yang akan memunaikan haji ke mekah. tak disangka-sangka dalam gerimis ujan tu ramai pulak orang-orang yang datang bertandang. ramai jugak makcik dan pakcik yang hadir. jarang-jrang nak dapat peluang untuk bersua muka dengan diorang nie. kadang-kadang dimasa hari raya pon belom tentu dapat buejumper. takder la aper-aper yang menarik berlaku kat sana pon, cuma ader marhaban, tahlil dan makan-makan je. juadah yang ader pon semua nyer simple-simple ajer macam soto, kuih muih, mee hoon goreng, nasik himpit, rendang dan lain-lain lagi. simple je kan?
- Awak! hujung minggu lepas plak saya sibuk dengan kenduri kat umah emak. Motif nyer pon sama gak, untuk buat doa selamat sambil menjamu orang makan. Kenduri kat umah sendiri nie susah sket sebab kener mengemas sendiri umah dari sebelum kenduri sampai la semua nyer beres. yang menambah kan kepenatan tu biler kener mencuci pinggan mangkuk dan periuk belanga. rasa macam nak patah jer tulang belakang terbongkok mengangkat barang-barang tu. Awak tau, hampir kol satu pagi baru la settle semua pinggan mangkuk tu terbasuh, kecut jari jemari dibuat nyer. makanan yang disediakan kat sini lain plak. memang di target untuk masak makan untuk makan malam. yang ader sambal udang, ikan kering goreng, gulai lemak ikan parang, sayur dan ulam-ulaman, bole la tahan.
- Awak! aper nak citer lagi ek? hmm.....
- Hm.. Awak! penah tak awak tau semacam mana perasaan yang saya alami sekarang ini. Perasaan sayang yang awak sanggup lakukan sesuatu untuk sesorang itu, tanpa dia sedar yang awak membantu dia. Dan awak tidak mahu tindakan awak itu diketahui oleh orang lain terutama nya seseorang itu. kerana, rasa tindakan atau perbuatan awak itu terlalu kecil untuk tunjukan. kerana, awak rasa itu adalah tanggungjawap awak untuk melindungi atau membantu seseorang itu. saya selalu berperasaan begitu... tapi yang mengguris hati saya adalah pabila mereka [yang melihat dengan mata kasar] berkata bahawasanya saya tidak membantu dalam sesuatu hal pon. perlukan setiap perbuatan atau tindakan diperjelaskan pada orang lain? bagi saya ianya tidak perlu kerna saya lakukan nyer secara ikhlas. Saya tidak meminta dipuji atau dibalas budi. Asalkan saya tahu yang saya telah dapat membantu seseorang itu, sudah cukup rasa puas hati saya....
- Awak! Terdetik didalam ati saya untuk menceritakan apa bantuan atau tindakan yang saya pernah lakukan untuk seseorang itu. ini semua gara-gara kata-kata mereka yang hanya menghakimi saya dari pandangan mata kasar semata-mata. mereka tidak tahu dan paham aper yang mereka kata dan lakukan. tapi saya tak mampu untuk melatah dan membongkar perkara-perkara itu. itu bukan saya! saya rasa malu sesangat sekira nyer orang tau saya pernah membantu. saya tak mahu orang lain rasa terhutang budi. bukan itu yang saya mahu kan. saya mahu perasaan ikhlas itu wujud setiap kali saya menolong atau membantu orang lain. dan sebab perasaan sayang saya terhadap seseorang itu. awak! saya rasa saya macam tak siuman dah, ye ke awak?
- Awak! saya tau perbuatan baik akan dibalas baik. kalau saya katasaya berharap kebaikan dari orang lain, tidak juga. cuma saya tidak mahu atau tak nak bergantung harap dengan orang lain. cukup sekadar orang melayan saya macam manusia biasa. tak lebih, tak kurang.
- Awak! panjang plak citer saya ari nie kan? ye la. dah lama tak hantar message kat awak, mesti la banyak cerita nyer kan? ok la awak. saya nak beransur dulu. harap-harap awak pon sama-sama doakan emak selamat pergi pergi dan balik dari mekah. isu samada diterima atau tak itu terpulang la... harap awak baca message saya ini. rindu awak! Shahrul Nizam Mohd Ariff