Friday, May 06, 2005

Believe or not to believe - Big Q mark

Subject: FW: AMARAN dari ALLAH
Berita yang baru dibawa oleh kawan kita yang baru balik dari kelantan.

Kejadian berlaku diHospital kubang Krian, dimana seorang bayi yang baru lahir yang tangannya tertutup rapat .Tak boleh dibuka sehingga dibuat solat hajat baru bole buka.

Nak tahu apa yang tertulis dalam genggaman tersebut .Tertulis kalimah Allah s.w.t ditangan kanan bayi tersebut dan tarikh 25.11.2005 disebelah gengaman kiri. RENONGKANLAH!!!!! dan malam tadi. Siapa yang tengok Misteri Nusantara. Kesah surah dalam Al-Quran ada yg hilang!!! tak kan Mak Chik yg dah khatam 40 X Quran yang sama, boleh hilang surah tersebut oleh bahan kimia. tak logik!!!!

Subject: DIDALAM MULUT BAYI AMARAN dari ALLAH - please read!!! TRUE STORY

Begini ceritanya....

Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata, dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat.

Jadi Doctor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, Mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada didalam mulut bayi tersebut. Nak tahu ape dia????????

Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina. Nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi “Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi".

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat.

Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut. Adakah anda percaya? Dalam keadaan ini, cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi. Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye.

Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang islam sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita. Jadi secara amnye, sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila. Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh dinegara ini.

Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia untuk menanti ketibaan hari kiamat.

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi ditiga tempat. Timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan. Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan diIndonesia dan Turki.

Sama sama kita renungkan. Buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari. sabarlah menanti. sekian ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya. oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.

Sekian.

Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina)

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW). "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

The bottom line : ako cume percaya aper yang kat last paragraf kat atas nie je.

pepagi yang sejuk - the starting point

assalamualaikum...

slamat pagi...

ako baru masuk upis nie.

pepagi nie fikiran masih tersekat2, biasa le otak masih belom bole berfungsi dengan betul lagi. tambahan plak pagi tadi ujan. aper yang terfikir nak sambung tido je.

malam tadi ako tido lewat, dalam kol 1 macam tu. menghabiskan baki2 masa malam dengan main ps1. aktiviti biasa yang ako buat kalau ako blom ngantuk atau belum bersedia nak tido. aper yang best sangat main video game nie? kadang2 ako tertanya2 pada diri ako sendiri. kadang2 ako boleh abis kan satu hari suntuk 24 jam mengadap game. tak kesah la komputer game ke, atau ps1. tapi tengok la aper jenis game nyer kan.

ako minat main game strategi. sebab per?
satu : mungkin sebab ako suka tengok mender alah tu gerak2, lompat2..
due : mungkin sebab ako suka susun atur game tu
tige : mungkin ako suka berfikir sambil main game tu. [kemungkinan yang besar]

ako cuba anggap yang ako sendiri yang ader dalam permainan game tu dan ako cuba bayang kan aper tindakan yang patut/logik ako kena lakukan, dan ako cuba bayangkan aper tindakan yang akan dilakukan oleh lawan ako atas tindakan yang ako buat. kire kena banyak berfikir kalau main strategik game nie. bukan macam game yang tembak2 tak tentu hala. tau2 dah mati/game over.

lagi satu ako tak minat sangat nak mendownload crack atau cheat code nie. macam tak real je. dah la game tu tak real, lagi nak tambah "ketakrealan" nyer. pernah ako cuba abiskan masa selama satu bulan semata2 nak abiskan satu game ps1. padahal kalu nak cheat code dia belambak kat internet nu.

sekarang nie ako main ps1 - Ogre Battle Saga
[ok la game dia. lebih kurang macam main chess sebab pergerakkan karekter tu "berlimit". kalu ader masa pg la carik kat pasaran terang atau pon kat pasaran gelap].

ok la. ako nak pg buat kerje jap. bersambung nanti. insyallah...

Wednesday, May 04, 2005

Blog - The Return...

Assalamualaikum...

lama giler ako stop mengadap blog nie. jejari ako pon dah tak reti nak menaip dah. aper lagi nak dapat idea nak mengarang nie.

setaun lebih ako menyepi...

macam2 perkara datang dan pergi..

ada yang gembira, ada yang sedih [biasa ler, dalam idop mesti macam tu. kalu asik gembira je busan plak nanti.]

Ako dah pindah keje. keje nie ako rasa ok la sket dari kerje yang ako buat dulu. rasa lebih tenteram. lebih releks la, ikot kete orang. ganjaran nyer pon bole tahan. cukup la untuk menampung pembiayaan idop ako, tolak utang piutang. yang penting ako seronok keje sini.

ntah la. bukan nyer ako tak syukur ako dapat keje nie, bersyukur la jugak. tapi ntah la, agak nyer memang ako jenis yang tak kesah dan tak amik kesah kot. mungkin ako jenis manusia yang terima aper yang tuhan kasi [baik ke, buruk ke], ako terima je. ye la. ako nie sape nak kritik pemberian tuhan kan? ako ader sket menyesal kerana ako tak reti nak menunjuk kan kesyukuran atas aper yang ako dapat. ako tak ader kekuatan nak tunjukkan. aper yang bole ako buat, buat baik kat orang, tolong orang yang memerlukan bantuan.

ako tak ader cara lain dah...

ako bersyukur dengan cara ako tersendiri... harap2 cara ako tu diterima, walau pon orang lain rasa cara ako tu melampau. saper diorang nak menghakimi ako?

untuk kerje baru nie, ako dikehendaki kursus kat s'pore, seminggu. ako dah balik pon dari saner. ok la s'pore. orang2 saner tak la seteruk aper yang ako jangka, atau aper yang digembar gemburkan oleh rakan2 ako. diaorang ako rasa lebih sopan [dari segi sosial life tu ako tak leh la nak komen]. diorang lagi senang dibawak berbicara, senang dia ajak berbual.. tak kesah la aper jua topik yang nak dicakapkan.

seminggu ako kat saner, banyak ragam manusia ako lihat, ako perhati, ako kaji. banyak jugak perbandingan ako buat, tak perlu banding dengan orang lain, cukup la perbandingan dengan diri ako sendiri. banyak ako blaja, salah satu nyer macam mana nak menggamit hati seseorang untuk meluahkan perasaan dia tanpa dia sedari. susah tu. mata pelajaran nie tak ade diajar kat sekolah rendah, sekolah menengah atau pon kat IPTS/IPT. mahal harga nye.

hmm. jap lagi ako ader test. tengah menunggu saat2 dan detik2 kritikal untuk ditest. exited ader, gabra ader, pendek kater "macam2 ada". hehe.

ok la. ako nak pegi "author" profile ako jap.