Friday, May 06, 2005

pepagi yang sejuk - the starting point

assalamualaikum...

slamat pagi...

ako baru masuk upis nie.

pepagi nie fikiran masih tersekat2, biasa le otak masih belom bole berfungsi dengan betul lagi. tambahan plak pagi tadi ujan. aper yang terfikir nak sambung tido je.

malam tadi ako tido lewat, dalam kol 1 macam tu. menghabiskan baki2 masa malam dengan main ps1. aktiviti biasa yang ako buat kalau ako blom ngantuk atau belum bersedia nak tido. aper yang best sangat main video game nie? kadang2 ako tertanya2 pada diri ako sendiri. kadang2 ako boleh abis kan satu hari suntuk 24 jam mengadap game. tak kesah la komputer game ke, atau ps1. tapi tengok la aper jenis game nyer kan.

ako minat main game strategi. sebab per?
satu : mungkin sebab ako suka tengok mender alah tu gerak2, lompat2..
due : mungkin sebab ako suka susun atur game tu
tige : mungkin ako suka berfikir sambil main game tu. [kemungkinan yang besar]

ako cuba anggap yang ako sendiri yang ader dalam permainan game tu dan ako cuba bayang kan aper tindakan yang patut/logik ako kena lakukan, dan ako cuba bayangkan aper tindakan yang akan dilakukan oleh lawan ako atas tindakan yang ako buat. kire kena banyak berfikir kalau main strategik game nie. bukan macam game yang tembak2 tak tentu hala. tau2 dah mati/game over.

lagi satu ako tak minat sangat nak mendownload crack atau cheat code nie. macam tak real je. dah la game tu tak real, lagi nak tambah "ketakrealan" nyer. pernah ako cuba abiskan masa selama satu bulan semata2 nak abiskan satu game ps1. padahal kalu nak cheat code dia belambak kat internet nu.

sekarang nie ako main ps1 - Ogre Battle Saga
[ok la game dia. lebih kurang macam main chess sebab pergerakkan karekter tu "berlimit". kalu ader masa pg la carik kat pasaran terang atau pon kat pasaran gelap].

ok la. ako nak pg buat kerje jap. bersambung nanti. insyallah...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home