Tuesday, November 11, 2003

First post

Aper yang nak ditulis pada awal pembukaan kata?
...............................................................................

thanx, terima kasih kerana ader kesempatan nak tulis mender2 macam nie. kalau dipikir2 macam buang masa jer nak menaip kat sini. banyak lagi mender yang leh dibuat, tapi... sebabkan sifat pelupa manusia tu ader dalam diri ako, ako tulis gak ler kat sini.

watak2 dalam nie semua adalah watak sebenar dalam kehidupan korang dan ako. mungkin korang kenal sesiapa yang ako cerita kan, dan mungkin korang tak kenal. mungkin orang yang ako akan ceritakan nie bertugas dengan korang. mungkin korang kenal rapat dengan diorang, mungkin jugak diorang tu sedara2 korang gak. banyak kemungkinan dalam hidupkan???

sesiapa yang terasa atas aper yang ako nak tuliskan nie harap maaf jer la. bukan tujuan ako nak memalukan korang, cumer mender nie untuk tatapan ako dan orang2 yang rajin nak baca journal orang lain jer. korang dah jadi sebahagian dari hidup ako, sebahagian dari pada sejarah hidup ako. ako ingat kat korang, sering teringat kat korang, tu pasal ako tulis kat sini. mana la tau kan nanti2 ako dah nak luper kat korang, ako terbaca mender nie ako teringat kat korang balik. mengembalikan nostalgia2 pahit, sedih, manis, payau dan aper2 perasa lagi.

disini ako nak perkenalkan diri ako kat korang, tu pon kalau korang interested nak tau.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. yang pasti nyer ako sorang lelaki, dan sebagai sorang lelaki ako minat kat pompuan. normal la tu kot? so, 100% ako tak minat kat kaum sejenis ako. walau pon ako tak benci diorang, tapi ako bukan macam diorang. kawan2 gitu2 jer.
2. umor ako hampir mencecah 30, rasa nyer macam dah nak expired dah. tapi tatau ler pesal ako nampak macam muder dari umo ako yang sebenar nyer.
3. dari segi kerjaya, bole kater ako nie tak ler stabil lagik. nanti ler, nanti2 ako citer kat korang pesal, ok?
4. kenderaan ader.
5. umah masih dalam pembinaan
6. ako berasal dari kota kosmopolitan kuala lumpur
7. ako minat resting, releks2, makan2, minum2, dengar muzik, dan yang penting... tido.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

jap ehhh? ako nak pi buat kijer sat. nanti2 kalau ako ader masa ako sambung balik. jumper lagik.

and selamat membaca jornal ako nie. thanx