Tuesday, December 02, 2003

Raya - The overview

Slamat ari raya untuk ako dan korang dan saper yang mengenali diri ako ni.

Maaf dipinta sekira nya secara tak sedar ada ako melukakan hati sesiapa yang rapat ngan ako, sama ada yang ako kenali atau pon yang ako tak kenal langsung. Semaemang nyer dalam taun nie ako banyak sangat buat salah, ok la tuh. Kurang-kurang ako tau yang ako ader buat salah kan? Kalau bole ako tak nak benda-benda yang ako sesali tu berlaku lagi. Kita bole berharap dan berusaha, tapi untuk berjaya tu bukan atas kehendak kita. Ako paham.

Apa nak dicerita kan pasal raya?

Ok la. Ako start dari sebelom raya la yer?
Sebelom raya :
Sehari sebelom raya ako balik kampung kat beranang. Balik kat umah lama peninggalan nek ngan atok ako.

Balik sana pon setakat mengemas-ngemas umah jer. Harap paham la, umah lama yang ditinggalkan mesti la banyak mender yang nak dikemas. Rumput-rumput nak ditebas, pelita-pelita nak dipasang, halaman rumah nak dibersihkan.

Balik taun nie ako kener nolong mak ngan ayah ako masak. Dah lama gak ako tak buat aktiviti macam ni. Biasa la dah dok kat pekan, kalau lapo makan jer kat kedai, tak pon makanan dah ada kat umah, tak pon ako masak jer aper yang ako tau masak.

Kalau dulu ako slalu pi camping. Dan aktiviti yang ako suka ialah main api. Best giler nengok api tu marak. Selain dari tu ako suker gak memasak untuk bebudak yang join ako camping tu. Ntah la, mungkin dah dalam darah ako mengalir darah orang yang rajin memasak kot?

Ok. Kembali kepada citer tadi.

Aper yang ako masak? Hmmm. Kalau dikire2 kan banyak la jugak. Masak rendang daging, masak nasik impit [taun nie kiter orang malas nak anyam ketupat, so buat nasik impit jer la. Buat syarat.], masak gulai ayam, masak sup tulang dan lain-lain lagi. Setakat ni, tak ada plak orang komplain nasik impit tak masak ker, gulai ayam tak empuk ker, daging liat ker. Kire ok la tuh. Senang la saper-saper yang jadi bini ako nanti.

Ako tak sangka betul, dalam sibuk-sibuk memasak tu dan sibuk-sibuk melayan api, muka ako abis menggelupas dan merah macam udang kener bakar pasal lama sangat dekat ngan api. Mak ako yang perasan. Kener bahang api kater nyer. Mula-mula tak ler berapa pedih sangat pon, tapi time lepas mandi, korang tau ler macam maner rasa nyer kalau kulit melecur kener basuh ngan air sejuk. Nyaman giler.

Petang lepas masak-masak tu, ako siap2 nak balik KL, sebab ako nak balik umah mak ngan ayah ako yang satu lagi. Memang ako dah janji nak beraya kat saner raya taun nie. So, lepas buka posa dan dalam ujan lebat kat beranang tu ako redah balik KL. Ramai gak kereta-kereta yang bersesak nak menghala ker KL, Tapi lagi banyak kereta-kereta yang menghala ker kajang. Sebab dah berjanji,, kener tunaikan jugak kan.

Dalam pukul 9 lebeh ako sampai kat umah abah ngan mama. Diorang pon tengah sibuk pasal setiap taun umah kite orang dibuka untuk orang datang bertakbir. Dah jadi tradisi pon. So, ako tolong ler apa-apa yang patut di buat. Angkat gelas, piring, pinggan, kuih, air dan makanan yang mak ako siapkan. Tak lama lepas tu rombongan orang dari surau pon datang bertakbir. Ramai ler gak. Rasa syahdu nyer dalam ujan renyai-renyai tu bertakbir ramai-ramai. Teringat balik time ako kecik-kecik dulu slalu sangat ako ikot diorang sambil kutip duik raya. Masa tu memang tak teringat pukul berapa nak balik umah, dah tak teringat lagi pukul berapa nak tido.

Lepas abis takbir, ako mintak diri untuk memeruskan perjalanan ako ke destinasi yang berikut nyer, rumah nenek dekat Kg. Baru. Sebenar nyer ako tak pernah singgah rumah nenek sebelom raya, cumer taun nie ada kelainan sikit. Mungkin sebab nenek baru jer balik dari Labuan 2-3 hari lepas dan ako tak sempat nak berjumpa dengan dia di KLIA. Sempat ako bertanya kabar nenek. Sihat-sihat kater nyer. Sambil bertukar-tukar cerita ako sempat menghabiskan kuih yang dibuat oleh makcik ako. Dia memang tersohor kerana pandai memasak biskut, kuih dan kek. Dan memang ako menunggu dia balik untuk melihat aper ole-ole kuih yang dia bawak dari Labuan tu. Penantian ako tu nampak nyer berbaloi sebab ada resipi baru yang dia bawa dari sana, 'Cheese Brownies'. Sedap nyer tak dapat digambarkan. Kalau tak ditegur, mau habis satu tupperware ako makan. Hampir pukul 2.30 pagi ako berangsur untuk balik. Dan berjaji untuk datang semula selepas sembahyang raya bersama-sama mama, abah dan adik beradik ako yang lain.

Lepas tu ako balik umah ako sendiri kat kepong. Dalam kedinginan malam tu ako tak sedar pukul berapa ako tertidur depan tv sambil tengok ASTRO.

Pagi raya
Ako mengemaskan diri apa yang patut. Baju raya dah lama tersiap untuk dipakai. Kaler hijau taun nie. Memang dah berjanji nak berbaju samer kaler sejak dari dulu lagi. Satu family satu kaler, walaupon beli kain asing-asing.

Ako bersemayang raya dekat keramat. Sebelom semayang raya tu ako sempat singgah umah kejap. Mama ngan abah awal-awal lagi dah ke masjid. Tinggal adik lelaki ako jer kat umah. Lepas minum-minum kat rumah, ako gerak pi ke masjid dengan dia. Ada la jugak berselisih dengan kawan-kawan lama yang dah sememang nyer dah lama sangat tak berjumper. Diorang pon dah ader kerjaya masing-masing dan hanya balik keramat untuk beraya ngan family diorang kat sini jer. Macam ako gak. Lepas bersalaman, tukar-tukar nombor handphone, ako pi meneruskan perjalanan ke masjid. Ramai gak orang taun nie. Sampai penuh satu masjid.

Lepas semayang, ako balik ke rumah dengan adik ako. Mama ngan abah balik lambat sikit, mungkin ada jemputan beraya kat rumah kawan-kawan diorang kot.

Dah cukup semua orang ada kat rumah, tiba la saat-saat yang dinanti-nantikan. Saat bersalam-salaman antara family. Ini pon dah jadi tradisi kiter orang dari dulu lagi.

Bermula dengan mama beraya dengan abah, kemudian giliran ako sebagai anak sulung beraya dengan abah. Tak pernah ako menangis taun-taun lepas, tiba taun ini ako menangis. Perasaan sedih yang ako sendiri tak tahu dari pada mana asal nyer. Ako menangis sambil minta maaf atas kesalahan ako, yang ako sedar dan yang ako tak sedar. Basah baju ako ngan baju abah sebab air mata ako. Lepas ako peluk cium abah, ako beralih pada mama yang bersebelahan dengan abah. Dengan mama ako tak menangis pulak. tu yang pelik nyer. Apa-apa pon ako mintak dia ampunkan dosa-dosa ako selama ini. Dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Lepas tu ako ambil tempat ako mengadap mama dan abah. Sambil memperhatikan adik-beradik ako beraya ngan diorang. Sampai giliran diorang beraya ngan ako, ako nasihatkan diaorang tentang perkara-perkara yang ako tak berapa setuju atas perbuatan diorang. Habis la aktiviti beraya ngan family.

Lepas makan pagi bersama-sama, kiter orang bergerak untuk beraya di rumah nenek. Rasa janggal kerana kami satu family berbaju hijau datang beraya serentak. Dan sebab kain langsir dan kain sofa rumah nenek berwarna hijau jugak. Macam mana ako tak terperasan semalam?

Ako ke dapur sebab lapar. Dengan melayan diri dan tanpa dijemput ako makan. Bukan rumah orang lain pon, rumah nenek ako kan?

Dalam 2 jam, penuh sudah rumah nenek dengan family makcik dan pakcik ako. Ada yang datang dari Klang, dari Wangsa Maju dan lain-lain lagi. Sepupu-sepupu ako bersepah-sepah kat saner, terlampau ramai sangat sampai ako sendiri tak ingat nama sorang-sorang. Dan kadang-kadang sampai tersalah panggil nama.

Setelah semua hadir, bermula kembali aktiviti bermaafan. Kali ini ako tak beraya dengan mama dan abah. Ako beraya bermula dengan nenek dan bersambung dengan bermaafan dengan makcik dan pakcik ako. Macam kami sekeluarga, antiviti nie bermula dengan abah, sebab dia yang sulung. Kemudian diikuti oleh adik beradik abah mengikut turutan pangkat. Setelah selesai sessi bermaafan oleh makcik ako yang paling bongsu, tiba giliran ako untuk beraya dengan nenek sebab ako cucu yang sulung. Dan diikuti oleh adik beradik ako dan sepupu-sepupu ako.

Setelah selesai semua, tiba sessi yang ditunggu-tunggu oleh sepupu-sepupu ako yang kecik-kecik tu. Sessi kumpul duit raya. Meriah sungguh. Sambil diorang kutip duit raya masing-masing, Ako ambil kesempatan untuk mengambil gambar adik beradik abah bersama-sama nenek. Kemudian, ako ambil gambar ahli keluarga makcik ngan pakcik ako. Bukan nya apa, cuma untuk kesenangan ako mengingat ahli-ahli family makcik can pakcik ako.

Petang raya
Hari dah petang dan ako terpaksa berangsur kerana ako terpaksa berkerja petang raya nie. Sedih jugak hendak meninggalkan rumah yang sedang meriah tu, tapi apakan daya, ako terpaksa mencari rezeki.

Pukul 5.30 petang ako dalam perjalan balik ke Kepong untuk menukar pakaian ke pejabat. Setelah siap semua nyer, ako bertolak ke Cyberjaya. Nampak nya cuaca terang walau pon ada awan hitam. Dan kereta tak sebanyak mana seperti selalu.

Panjang jugak kisah ako hari ini. Mungkin saper-saper yang baca nie mungkin penat dan busan, tapi hakikat nya ako rasa tenang dan gembira dipagi hari raya. Mender ini jadi sejarah manis bagi ako yang akan ku kenang.

Hmmmm. Ako terpaksa berhenti sampai tahap ini sebab ako terpaksa bergegas ke Serdang. Ada janji untuk berjumpa dengan seseorang. Sampai jumper lagi dilain waktu dan dilain masa.

Bubye.