Saturday, October 07, 2006

~ Journey to Sentral Part 2 ~



Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera lagi...
Baru lepas menghabiskan sket kerjer-kerjer kat upis nie. biar "settle"kan sket-sket, nanti "time" nak balik tak banyak sangat "outstanding" nyer. Ok, sekarang leh sambung citer balik. Kat mana tadi ek?...

Haa! Sampai kat Sentral ako terus carik "food court" kat tingkat 2...

Sampai jer Sentral lagi pening pala ako. bukan nyer aper, terlampau ramai sangat orang kat saner. dengan orang orang balik keje, dengan orang berniaga, dengan polis meronda-ronda, dengan orang yang "dating", macam-macam ada!!.

Memandangkan banyak lagi masa sebelom berbuka, ako pegi pusing-pusing kat tempat diaorang niaga. ako ternampak gelang tangan yang dibuat dari manik kayu. cantik. ako buat nekad akan beli mender tu kalu ader duit nanti. yer la, gaji pon blom kuar lagi. selain daripada tu takder mender lain yang menarik. kebanyakkan mender-mender tu ader jual kat mana-mana. songkok la, baju melayu la, tudung la, kurma la. dll.

Ako masuk ke "food court", ako rasa tersorok sangat tempat nyer sampai ako sendiri pon tak jumper cari tempat tu. yang buat ako perasan ada nyer "food court" tu sebab ader papan tanda ngan lampu liplap! liplap!. kalau tak der papan tanda ngan lampu tu, tak saper tau ader kedai makan sana.

Kat dalam boleh la dikaterkan meriah jugak. ader la dalam 12 "outlet". ada yang jual nasik campur, nasik kerabu, "claypot", rojak, kuih-muih. Aper-aper hal ako carik dia dulu. ako perati nampak dia tengah duduk bosan sorang-sorang. hehe. Ako jumper dia, sonok betol dia dapat jumper ako nampak nyer sampai semua mender di anak belanja. kire ok la, dah orang nak belanja kalau tolak nanti kecik ati plak nanti kan? tempat makan dia ok la jugak, sebab diorang asingkan tempat untuk perokok dan yang bukan perokok. rasa macam duduk kat kedai kopi cina plak sebab meja dan kusi dia buat dari kayu. teringat kedai kopi cina kat kg ako dulu, kecik-kecik dulu rajin atuk ako bawak jenjalan sana.

Ako tak makan pon, cukup sekadar minum nescafe panas. tengah berborak-borak tu tetiba datang plak sowang lagi kawan ako (Arip). dari berdua dah jadi bertiga plak dah. lagi la riuh. tak tau la sebab aper, mungkin terlebih sangat minum nescafe atau pon terlebih sangat isap rokok, meja kiter orang jer yang kecoh macam nak rak. borak-borak... ketawa... borak-borak... ketawa. kelakar plak kalau dipikirkan balik. ako ingat kan bole la kejap jer aktiviti berbuka posa tu, tapi melarat-larat membawak ke pukul 10mlm. ako pon kener balik awal, sayang nak tinggalkan diaorang tu. lama woo! tak jumper-jumper macam tu. kalau senang nak jumper tak per la jugak. hmm. takper la, kalau ader kesempatan ako pergi la umah diorang "time" raya nanti.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

emmmmmmmmmmmmm

Wednesday, October 18, 2006 11:33:00 PM  

Post a Comment

<< Home