Sunday, November 05, 2006

~Hari Lebaran~ Part 1

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera..
Dan tak kelupaan "Selamat Ari Raya Eid-Fitri" untuk sesiapa yang menyambut nyer. Seperti kebiasaan orang akan cakap "Maaf Dzahir Batin", jadi ako pon mengikut tradisi tu ngan rendah diri meminta maaf dari ujung rambut sampai ke ujung kaki, dari kulit luar sampai la ke pelusuk diri, dari apa yang nampak sampai kepada aper-aper yang tak dapat dilihat, dari dalam sedar kepada aper-aper yang terjadi diluar kesedaran, dan lain-lain. Harap dimaafkan segala kekhilafan dan kesilapan sepanjang tahun ini. Untuk korang, ako tak berkira sangat sebab ako tak besa nak memanjang-manjangkan masalah dan kesalahan orang lain. ako dah lama maafkan pon.

Aper nak citer?
Nak citer aper yang berlaku beberapa hari sebelom raya?
Nak citer aper-aper yang ako nampak/alami selepas update blog sebelom nie?
Nak citer aper yang ako rasa sekarang nie?
Banyak citer tu. hehe
Tapi ako cuber la citer yang mana patut dan yang mana tak patut tu ako simpan sendiri la ek? Lagi pon dah ader permintaan-permintaan supaya ako meng'update' blog ko nie. masey sebab prihatin(?)..

Ok la.
Ako balik ke Nganu pada 21Oct lepas. 2-3 ari sebelom raya. Saje. Keseronokan balik Nganu nie ada 2 jer bagi ako, sebab mender-mender tu tak dok jual kat kl nie. tapi kalau ada saper-saper jumper mender-mender tersebut kat kl bole la 'rekemen' kat ako. Yang pertama nyer kuih "Akok", 'fresh' dari dalam tempat bakar nyer. dan yang kedua nyer air nira mawar. pergh! ako kalu balik Nganu kener cari mender-mender tu, kalau tak macam tak sempurna jer balik ke nganu nie. tapi untuk kali ini ako dapat satu dari antara dua. ako dapat air nira mawar tanpa kuih akok. waaaa. sedih wooo. mungkin mokcik yang jual kuih tu tak niaga dah dekat-dekat raya nie gak nyer.

Nak dijadikan citer ako bertolak dari kl pada pukol 12malam. tak sangka plak ader kekesakkan lalulintas kat simpang nak masuk ke gombak 'hiway' dari taman melati [kalau korang tak tau kat mana nie, buat-buat tau jer la]. ader la dekat-dekat 2km jam nyer. ramai gak orang nak balik ke pahang, negeri-negeri utara dan ke pantai timur ujung-ujung minggu nie. yer la, sekarang pon gomen dah tak kerjer ari sabtu dan ader gak syarikat-syarikat swasta yang bagi perkerja diorang cooti ari sabtu [sabtu deepavali kan? ako tak amik peduli]. selepas merangkak-rangkak dalam jam tu selama dekat 1 jam sampai gak kat pintu tol gombak nu. alhamdulillah tak la baper sesak sangat selepas susur kuar ke bentong dari 'hiway' karak. perjalanan bermula seronok dari karak lagi sebab jalan sedap merempit. ala bawak kancil jer, maklum la keter kecik leh la menyelit-nyelit mana-mana yang patut. dah sampai ke 'hiway' karak-kuantan dah tak sonok sangat sebab :-- sepanjang 'hiway' tu kabus + jerebu tebal sampai jarak pandangan setakat 2 bijik kete kedepan jer. jauh sket dari tu memang tak nampak mender.- jalan 'hiway' biasa la lurus jer. keter pon tak baper banyak. busan weh! tu yang besit sampai 120++km/j. kalau ader 'speedtrap' memang 'confirm' kena dah.

untuk kali nie ako berenti tido kat perhentian maran sebab mengantuk sangat buang masa dalam jam tadi. tak penah ako rasa penat macam tu. ako mula tido dalam kol 3 sampai la kol 5 lebih, cukup la nak buat rehat mata, lagi pon kalau nak tido lena-lena sangat baik tido atas katil jer kan? hehe. lepas bangun tu, meneruskan perjalanan yang masih ada lagi 180++km tu. sepanjang perjalantu tak cukup ngan jerebu + kabus, ditambah lagi plak ngan ujan lebat. waaa! 'thrilling' kalau ikot cakap kawan ako. dah la sejuk, nak isap okok pon tak leh. yerla, tingkap tutup per. tersiksa weh!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home